Saturday, July 24, 2010

150 Juta Kali (Fynn Jamal)


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

"Saya mungkin baran tak kira masa"
"Tapi saya tahan kalau yang salah saya"
"Saya mungkin saja keras kepala"
"Tapi saya manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Wednesday, July 21, 2010

:|


Don't talk unless you can improve the silence!

Sunday, July 11, 2010

Sabar I


"Bibir mudah mengucap sabar, tapi hatilah yang remuk menderita.."

Sabar.
Bukan seringkas ejaannya, bukan semudah sebutannya.


Tengah hari tadi, sewaktu berjalan pulang ke rumah, ada sorang pacek arab ni campak cawan plastik dia yang masih mengandungi kopi betul betul kat depan aku. Dia nak buang tapi tak jumpa tong sampah lah kot. Kopi yang masih ada kat dalam cawan tu terpercik dengan lajunya lalu mengenai aku.

Apa lagi. Marah sungguh lah! Tapi kaki masih terus dihayunkan sambil mulut terkumat kamit meluah rasa geram di hati.

Tiba-tiba teringat sesuatu yang pernah aku sampaikan pada anak buah dalam MIFC Sabtu lalu. Beristighfar aku dua tiga kali. Barulah sedar, bibir memang mudah mengucap sabar, tapi bila dah kena batang hidung sendiri, baru lah tahu betapa sukarnya untuk mencapai erti sabar yang sebenar.


Teringat pesanan sorang AJK MIFC, sabar adalah apabila di saat awal punca kemarahan tu datang, pada masa tu, takde sedikit pun rasa marah dalam hati, walaupun untuk sesaat. Wah! Betapa hebatnya orang yang macam tu.


Rasulullah adalah contoh yang paling baik.
Baginda diherdik, dicaci dan dicampakkan dengan batu serta najis. Adakah pada waktu itu baginda cakap macam ni, "Ishh diorang ni nak kena betullah! Baling balik kang!"? Atau mungkinkah pada waktu tu baginda menyimpan dendam dan rasa marah dalam hati?
Tidak!
Malah tak pernah wujud pun rasa marah dalam hati kecil baginda pada ketika itu. Ini lah dia namanya sabar.

Kita?
Menahan marah dalam hati pun sudah cukup sukar, inikan pula untuk meniadakan terus kewujudan rasa marah dalam hati sedari awal.

Patutlah Allah janjikan ganjaran yang lumayan pada hamba-hambaNya yang bersabar.


"Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)" (25:75)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas" (39:10)


Masih perlu berlatih banyak untuk menjadi orang yang bersabar dengan sebenar sabar.

Thursday, June 10, 2010

Saya Suka Ilmu :)


Two left.

Next: Paediatrics; 13 Jun 2010

More than thirty two lectures.

Within two days gap ?



Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ,
maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang
menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang
itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni
di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam
air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan
bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para
Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan
ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan
bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


May Allah ease. May Allah grants us the strength to keep on moving. May Allah leads us to His Jannah. Ameen.

Wednesday, June 2, 2010

Flotilla Kita

Salam Palestin! [aicehh semangat nih]

Aku yakin ramai yang terkesan dengan peristiwa yang berlaku pada 31 Mei 2010, iaitu pada hari Isnin yang lepas. Baru lagi weh. Tapi aku yakin juga masih ramai yang lena dan bersikap 'ader aku kesah??' terhadap peristiwa tersebut.

Apapun aku bersyukur ditempatkan di Jordan dan di kelilingi oleh ramai yang bersikap peduli. Lantas, aku pun turut bersemangat ke sana sini menunggu berita penuh debar. Agaknya kalau aku belajar di salah sebuah pusat pengajian tempatan, entah entah nama flotilla pun aku tak pernah dengar [ekstrim ke? takpelah dramatik sket]
Sejak dari malam mereka mula belayar mengharungi jalan penuh risiko bersama segunung harapan untuk membantu mangsa mangsa kekejaman Israel, aku dah tak keruan duduk. Macam macam yang terbayang di minda.

Bayangkan, konvoi kemanusiaan yang membawa sukarelawan pelbagai peringkat umur [dari 1 tahun ke 88 tahun kalau tak silap] dari banyak negara, dengan menuju ke arah kawasan Israel [yelah Gaza kan dekat ngan Israel] tanpa apa apa senjata [lastik guli kira senjata ke? budak3 kecik main je] dan tanpa jaminan keselamatan [i mean, takde tentera ikut sama nak jaga diorang]. Ha dah bayangkan? Risau tak? Mestilah risau beb.

Tambah pulak, sukarelawan Islam yang pergi tu bukan calang calang orang. Yang mantop mantop gitu. Kalau apa apa jadi [nauzubillah] maka rugilah seluruh umat Islam weh. Dahla bukan senang nak carik umat Islam yang mantop3 pd zaman sekarang ni.

Pada malam 30 Mei 2010, hari Ahad, aku dapat berita dari twitter LL4G bahawa mereka dah belayar dan dijangkakan sampai pada jam 7 pagi. Sebenarnya aku musykil 7 pagi Mesia ke 7 pagi sini. Tapi aku rasa 7 pagi sini kot. Dengan penuh semangat aku tunggu lah sepanjang malam tu. Duk refresh3 facebook, twitter. Tengok siaran langsung dari atas kapal tu. Bukak website tu, bukak website nih. Sambil2 study jugaklah. Aku exam Rabu dgn Khamis kott.

Tapi lepas Subuh aku dah ngantuk3 dah. Jadi bajet nak tidur kejaplah. KEJAP. Tapii, telajak aihhh. Bangun3 terus capai laptop nak tahu apa dah jadi kat kapal tu. Kot3 diorang duk makan maqlubah kat Gaza ke kan. Tapi asyik nampak perkataan 'ATTACK' je kat mana3. Macam nak teriak je [tau ke teriak tu apa? tak tau sudah. ngeh3]. Sedih dah ketinggalan pastu kena serang pulak tu. Kalau ketinggalan tapi selamat sampai takpe jugok kan.


Maka, boleh dikatakan sepanjang hari Rabu, kerja part time aku adalah me'refresh' kesemua page yang berkait. Juga ke bilik sebelah kiri dan sebelah kanan bertukar3 pendapat & berkongsi3 cerita. Bukan tentang artis atau rancangan Imam Muda atau hikayat spongebob, tapi tentang misi kemanusiaan ke Gaza.

Malah, aku [beserta seorang ahli rumah] juga telah bertekad untuk berkampung di hadapan TV sambil membawa bekalan makanan serta notes3 untuk dibaca. AlJazeera, CNN, Press TV semua kami hentam. Walaupun, siaran TV duk ulang3 menda yang sama je. Haha.

_________________________________________________________________

Okay aku tengah mengantuk nih. Semalam tak cukup tidur. Exam katakan. Jadi harap ampuni andai ada ayat yang sukar difahami atau kosa kata yang belum pernah didengar.

________________________________________________________________
(Sambung sambung..)

Pelbagai respon yang diterima dari pelbagai pihak.

Ada yang hot3. Mengutuk keras kekejaman Israel, buat demonstrasi. Mestilah hot kann. Kita susah payah kutip derma, beli alat3 untuk rakyat Gaza, suka suki je Israel rampas kan. Suka suki jugak diorang bunuh anak & bapak orang lain demi menghalang bantuan dari sampai ke Gaza. Apa pun kengkawan, hot3 jugak, panas3 jugak, tapi jangan lupa untuk tengok balik diri sendiri. Apa yang kita perlu ubah & apa peranan kita. Dan, jangan sampai kemarahan tu membawa dosa kepada kita [i mean, buat fitnah ke, memaki hamun pemimpin tu ke, memaki hamun pemimpin ni ke, dll]. Eh ni peringatan untuk diri jugak, kot3 teremosi ke kan.

Ada juga yang cool3 je weh. Ada dua jenis, yang mmg cool giler sebab tak ambil peduli atau yang cool sebab cuba mengawal kemarahan dengan berfikiran rasional & memikirkan cara yang terbaik untuk membantu. Jenis yg kedua ni memang macho. Weewit.

Okay apa yang kita perlu buat? I mean, selain mendoakan & menyebarkan maklumat.

Teringat ada orang pernah cakap, balasan diturunkan kepada satu2 umat, bukan seseorg individu je. Kalau kita tengok balik sirah pun, memang begitulah. Jadi, adakah apa yg berlaku kat umat Islam hari ni disebabkan dosa kita jugak?
Di satu sudut dunia, bertungkus lumus umat mempertahankan tanah Islam, di satu sudut lagi bertungkus lumus umat melakukan maksiat. Jadi macam mana pertolongan nak dtg?

Yang baik, tak cukup baik sorang3 je. Yang kurang baik, jangan sebab dosa kita, semua pun terhukum sama. Jadi, peranan lain kita kat sini, baiki diri dengan nilai3 Islam di samping mengajak masyarakat sekeliling sama [kepada yang baik3 di luar sana, sila mengajak aku ke arah kebaikan T_T]

Islam tak perlukan kita tapi kita yang perlukan Islam. Bukan kita yang menjadikan Islam hebat tapi Islam yang menjadikan kita hebat.
_________________________________________________________________

Peristiwa 31 Mei 2010, akan menjadi satu titik tolak, sama ada kebangkitan untuk umat Islam seluruh dunia atau penambah kuat kuasa Israel. Pilihlah sendiri.


Hati terasa sebak. Mengenangkan yang bersusah payah mengumpul bekalan untuk Gaza, pergi dengan risiko kemungkinan tidak akan pulang lagi serta tekad meninggalkan yang tersayang di tanahair tercinta. Ada yang pulang, ada yang tidak. Yang pulang pun, segala bekalan malah harta peribadi turut dirampas oleh Israel laknatullah. Sebak kan? Kadang3 terfikir, adakah itu kerana dosa diri? T_T

Aku sebak. Bukan kasihan. Buat apa kasihan pada yang pergi memberi bantuan? Buat apa kasihan pada mereka yang melakukan sesuatu yang diredhai Allah? Tapi aku kasihan pada diri sendiri. Hanya mampu berdoa, berteriak [tak tahu lagi teriak tu apa? cariklah!], mengforwardkan msg3 ttg flotilla, mnge'like' pge3 berkenaan Palestin di facebook, membuka website3 yg berkenaan, menulis di status, menulis di twitter & paling teruk pun menulis di blog yg tak femes nih.

Aku kasihan jugak pada umat Islam seluruh dunia. Di kala Israel melakukan segalanya sesuka hati, membunuh kiri kanan, merampas mainan3, buku3, ubat3, kerusi roda pon heh, kita hanya mampu melihat, mendengar, berasa geram & meluahkan rasa hati je. Isk3.

Ada orang komen, "they must have feared the electric shocks a stuffed pickachu makes! Absurd!" LOL



Selagi kita tak ikut ajaran Islam yang sebenar, selagi tu kita takkan jadi hebat, selagi tu kita akan terus ditindas dan dihina, selagi tu kita akan terus kalah. Dan kita di sini bermaksud semua, bukan seorang bukan dua orang.

Teringat satu emel dari seorang sukarelawati Freedom Flotilla dari Indonesia. Katanya,

"Dari waktu ke waktu, aku perlu memperingatkan diriku bahwa Al-Quds tidak membutuhkan aku. Gaza tidak membutuhkan aku. Palestina tidak membutuhkan aku.

Masjidil Aqsha milik Allah dan hanya membutuhkan pertolongan Allah. Gaza hanya butuh Allah. Palestina hanya membutuhkan Allah. Bila Allah mau, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsha. Membebaskan Gaza dan seluruh Palestina.

Akulah yang butuh berada di sini, suamiku Dzikrullah-lah yang butuh berada di sini karena kami ingin Allah memasukkan nama kami ke dalam daftar hamba-hambaNya yang bergerak – betapa pun sedikitnya – menolong agamaNya. Menolong membebaskan Al-Quds."
_________________________________________________________________

Israel memang takkan berubah perangainya, dah tercatat pun dalam Al-Quran.

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh." (5:79)

Tapi kita, bila nak berubah?
_________________________________________________________________

Okaylah setakat ni dulu. Dah takde idea nak tulis apa dah.

Weh3, peringatan3 di atas ditujukan pada diri sendiri. Andai suatu hari nanti aku terlupa, bolehla baca balik sambil ketuk ketuk kepala. Apapun, beruntunglah bagi mereka yang dapat mengambil sesuatu dari entri ini.

Maaf andai ada keterlanjuran kata, terlebih emosi, tersalah bicara.

Esok exam OSCE Surgery! Weewit! :S

P/s: Hari ni sukarelawan3 Malaysia akan sampai di Amman, Jordan. Alhamdulillah.