Monday, December 27, 2010

5 Perkara III

1. Terima kasih kerana pernah menzalimi aku suatu ketika dahulu. Sekarang barulah aku ada alasan untuk tidak terkecuali dari golongan yang diberikan tawaran lumayan nih.

"......dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (24:22)


2. Garam yang dicelup pasti berbeza rasanya dengan garam yang telah sedia bercampur padu (sama lah macam masak nasi lemak lupa letak garam).


3. "Aku tak sempat nak kisah apa pandangan kau terhadap aku sebab aku sudah terlalu sibuk memikirkan apa agaknya pandangan Dia terhadap aku," kata si dia terhadap cermin.


4. May He grants you with the best health ever! T___T


5. Berat telinga mendengar, berat lagi mulut yang berkata.



P/s: Let's work hard yeay yeay! :D

Thursday, December 23, 2010

Momento












Looking back,
I am glad we have had
our moments
together!
:)

Monday, December 6, 2010

Apa pantas berharap syurga?

Salam Maal Hijrah.

Selepas solat Maghrib semalam, buku doa susunan Drs. Miftah Faridi diselak-selak bagi mencari doa awal tahun. Siapa suruh tak hafal kan. Dalam mencari, aku terpana pada tajuk ''Permohonan Ahli Neraka Sebagai Suatu Peringatan." Nampak sangat jarang baca buku doa ni.

Muka surat 223 dibuka.

1. Meminta keluar dari neraka

Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?” (40:11)

2. Meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk beriman dan beramal

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. (32:12)

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? (14:44)

3. Mengharap simpati dari penghuni syurga

Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): “Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu”. Mereka (ahli Syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir”. (7:50)


Di dunia, jika manusia berasa lemah, sedih dan takut atau jika mereka diuji dengan ujian yang berat, pastilah kepada
Allah mereka akan berpaling dan memohon untuk mencari ketenangan dan kekuatan.

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (40:60)


Tapi, di alam sana, semua doa dan permohonan penghuni neraka tidak pernah diterima oleh Allah.

Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan”. (52:16)

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”. (32:14)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat): “Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman, (kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur”. (40:10)


Apabila Yang Maha Berkuasa sudah berfirman sebegitu, kepada siapa lagi mahu bergantung harap dan memohon pertolongan?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.


Bukan sekadar ahli neraka menyesali perbuatan mereka ketika hidup di dunia, malah para ahli syurga juga sentiasa mencemburui para ahli syurga yang ditingkat atas, apatah lagi para ahli syurga Firdaus yang telah dijanjikan dengan nikmat yang paling tinggi di syurga iaitu nikmat melihat wajah Allah sebanyak dua kali sehari (pagi dan petang). Lantas mereka berasa menyesal, menyesal kerana tidak memperbanyakkan lagi amalan ketika di dunia.

Teringat kata seorang sahabat dari Turki, "We want to go to Jannah because we want to meet Allah."

Tergerak hati aku pada saat itu. Amalan yang terlalu sedikit, yang sangat sedikit, yang masih tak tahu statusnya sama ada diterima ataupun tidak, yang aku pun tak pasti sudah cukup memenuhi syarat beribadah ataupun tidak, yang kadang ikhlasku entah ke mana, bagaimana mungkin aku layak bertemu Allah?


Tuhan ku
Aku tidak layak untuk syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup untuk ke neraka MU
Oleh itu kurniakanlah ampunan kepada ku
Ampunilah diri ku
Sesungguhnya ENGKAU lah pengampun dosa-dosa besar


Sungguh, tiadalah manusia dikurniakan syurga hanya kerana amalan yang dilakukan semata-mata melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

...Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. (24:21)

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)


Beramallah dengan sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya serta pohonlah rahmat Allah dengan penuh pengharapan. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi dan menyesal pada hari di mana pintu taubat sudah ditutup rapat.


Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz:
Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kpd Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh.


Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (32:15)


Moga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

P/s: Nabi bukanlah berhijrah pada bulan Muharram. Kalendar tahunan Islam diwujudkan pada zaman Sayidina Umar. Bulan Muharram dipilih sebagai bulan pertama kerana pada bulan tersebut umat Islam baru selesai menunaikan ibadat haji.
Boleh rujuk --> http://drmaza.com/home/?p=1297

Thursday, December 2, 2010

Huh~!!!




YOU pissed me off again and again...






Malu

biar malu-malu
biar segan-segan
kerna malu itu
perisai orang beriman!

Wednesday, December 1, 2010

Rumah itu


rumah itu kecil saja
tapi aku besar di situ
rumah itu comel kerana cinta mama
rumah itu selesa kerana kasih baba
rumah itu riuh kerana kakak dan adik
dan kerana kasih suci mereka
aku hadir di situ

Sang kasadawai ;)



Hampir 3 minggu kami sudah meninggal alam O&G...
Ternyata bidang O&G sangat menyeronokkan... ;)
Kini terbuka luas juga lah mata dan hati kami akan pengorbanan seorang ibu..
Bukan senang ok nak lahirkan anak...
Patutlah dosa seorang ibu itu diampunkan dikala dia melahirkan anak..
Semoga kita menjadi anak yang solehah...ameeennn ;)





Now kami busy dengan rotation yang agak mencabar...



PSYCHIATRY


Cabaran2 yang terpaksa kami lalui :-


1. Perasaan takut melihat patients ( haha ape punya doc laa xpe2 1st time kot =p )


2. Sukar untuk memahami apa yang disampaikan oleh patient. ( arabic yg mcm pelik didengar..terkebil2 biji mata cuba paham)

3. Perjalanan ke hospital yang berejam ( siap dah tertido banyak kali kot tapi xjugak3 sampaii..sangat la penat x_X )

4. Terpaksa bangun pagi2 untuk menapak ke mujamak ( kalo lambat alamat tertinggal la bas kat JUST 2 haaa..ish3 )

5. Symptoms Turki yang x regress lagi.. ( amatlah payah okk..sila phm nape yekk =p)




letak sebab comel jee. =p





Hari nie rasa sangat seronok..
Tibe2 kena join party patients kami..
Budak2 nursing siap bawak2 makanan and hadiah untuk patients..
Kagum sangat dengan diorang.
Baeekkk yerrr ;)


Kami yang langsung xkait tibe2 sudah terpacak kat 'taman'
Duduk tengok patients menyanyi dan makan..
Takde hujan xde ribut aku boleh lak rasa sangat sayu..
ish3.....
Kita mungkin tak akan paham dunia mereka..
Tetapi kegembiraan mereka buat aku sangat2 tenang and ilang gak stress.. ;)
Terima kasehhh .... ;)


Mungkin itulah dugaan yang terpaksa mereka tempuh..
Kita sebagai warga yang dikatakan waras dan sehat..
Maka bersyukur lahh...
Allah tak akan menguji orang yang tak mampu untuk menanggung dugaan..


Malang yer..
Dunia sekarang umat yer semaken jauh...
Jauh yang sangat jauh...
Otak yer waras tetapi gagal untuk bertindak waras...


Hidup kena berpijak pada dunia yang nyata..
Kalau asek berfantasi bole gila jugak kot.. =p


Semoga segala hal dimudahkan.. ^^









p/s = sila berangan je ok ;) nak suh amek bau xbole..heee ^^










Turkey II (Part III)

Sesampainya di rumah selepas berjalan ke Mount Nemrut dan kawasan-kawasan di sekitarnya, kami bertemu dengan ipar serta anak saudara Encik Ilhan. Sementara menunggu Encik Ilhan menunaikan solat, kami cuba untuk berbual-bual.

Bahasa Turki yang aku tahu hanyalah tesekkur (terima kasih), ne (apa) dan nerede (di mana). Macam mana nak berbual hanya dengan tiga perkataan. Demi meraikan mereka, buku Lonely Planet Turkey yang dibawa sebagai rujukan diselak- selak mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.

Setelah beberapa patah perkataan Turki diucap bercampur dengan regu serba sedikit, barulah kami tahu nama, tempat tinggal dan pekerjaan mereka berdua.

Kemudian makanan dijamu. Nasi yang diisi dalam kubis, cili dan terung. Disebabkan dah lama tak jumpa nasi, memang melantak habis-habisan malam tu.

Setelah itu, kopi pula dihidang. Kami minum sambil menonton video perkahwinan Encik Ilhan serta berbual-bual panjang. Dalam perbualan itu sempat Encik Ilhan mengingatkan kami tentang beberapa peringatan dari Alquran.

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Wal 'Asr
Innal insaana lafee khusr
Illal ladhenna aamannu
Wa 'amilus saalihaati wa tawaasau bilhaqq
Wa tawaasau bis sabr


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

By time,

Indeed, mankind is in loss,

Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.


Tersentuh. Bukan tak pernah dengar atau baca surah ni. Tapi tak cukup menghayati barangkali.

Sang Pencipta bersumpah demi masa bahawa seluruh ciptaanNya berada dalam kerugian, dan hanya empat golongan ini yang terkecuali:

  1. Orang yang beriman
  2. Orang yang beramal soleh
  3. Orang yang memberi peringatan kepada kebenaran
  4. Orang yang memberi peringatan kepada kesabaran

Muhasabah.

Tergolongkah kita dalam sekurang-kurang satu dari empat yang di atas?

____________________________________________________________________

Malam tu jugak kami dapat tahu bahawa semua tiket ke Konya atau ke Adana dah habis. Semua mahu pulang kembali ke rumah masing-masing sesudah cuti berhari raya agaknya.

Maka, terpaksalah mengubah rancangan perjalanan. Kecewa tak dapat ke Konya jangan kata la. Tapi tiada siapa yang lebih tahu apa yang terbaik melainkan Dia. Mungkin ada rancangan yang lebih baik untuk kami tempuhi.

Redha.

(to be continue, kalau rajin..)


P/s: Berkahwinlah atas dasar rasional, bukan emosional. Tanggungjawab lebih penting dari rasa suka yang bila-bila masa saja boleh tiada.

Sunday, November 28, 2010

Turkey II (Part II)

20 November 2010

Sesudah bersarapan, kami bersiap-siap untuk menuju ke Mount Nemrut. Sebuah bas mini telah ditempah untuk sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari sana.

Nasib baik sebahagian besar dari gunung setinggi 2134m itu didaki dengan bas. Sampai di suatu kawasan untuk meletak kenderaan, kami turun dari bas dan mendaki sedikit lagi untuk sampai ke puncak.

Kawasan atas gunung tersebut terbahagi kepada dua, East Terrace dan West Terrace. East Terrace adalah lebih tinggi dan terletak di bahagian matahari terbit. Dikatakan, disitu adalah tempat para penyembah berhala melakukan upacara penyembahan. Kelihatan beberapa patung berhala yang kepalanya sudah jatuh ke bawah. Mungkin disebabkan oleh bencana alam, atau mungkin..? Wallahua’lam.

Patung-patung tersebut dikatakan adalah pemerintah daerah tersebut suatu masa dahulu. Mereka mengaku akan menjadi tuhan apabila mereka mati. Mereka dah mati, tapi tuhan tetap Yang Maha Satu. Mereka dah mati, tapi batu tetap tinggal batu.

Setelah mengambil beberapa keping gambar, kami menuju ke West Terrace. Di situ terdapat beberapa patung berhala lagi, juga beberapa ukiran pahlawan, ketua agama dan sebagainya.

Puncak gunung tersebut asalnya adalah rata, tapi mereka yang terdahulu telah menambah batu-batu kecil untuk membentuk sebuah puncak yang lebih tinggi.


“Do you have any question?,” kawan kami, juga selaku tourist guide percuma bertanya.

“Why is the name of this mountain is Mount Nemrut?”

“Well, I’m not very sure. Maybe it’s from King Nemrut, the one that tried to burn Prophet Abraham. Maybe they take the name from him. But it is not related with him, just the name. Maybe.”


Mungkin. Mungkin Raja Nemrut terkenal pada ketika itu, jadi gunung tersebut dinamakan sempena nama dia. Atau mungkin juga memang Raja Nemrut di zaman Nabi Ibrahim yang punya berhala. Kepala-kepala berhala yang jatuh tu, adakah dipenggal oleh Nabi Ibrahim? Malah tempat Nabi Ibrahim dibakar juga tidak jauh dari situ, di Harran (sebuah bandar di Sanliurfa).

Kalau buat kajian pun menarik ni. Sesiapa yang ada maklumat berkait harap dapatlah berkongsi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pendapat menyatakan bahawa peristiwa pemenggalan kepala berhala oleh Nabi Ibrahim berlaku di Iraq.

Wallahua’lam.

Gambaran Mount Nemrut dulu-dulu.

Mount Nemrut, 2010.


Setelah itu, kami meneruskan perjalanan untuk melawat ke beberapa lagi tempat:

1. Arsameia and The New Castle

2. The Old Castle (Nymphaios Arsameia)

Dari sini, kami dapat melihat Sungai Euphrates. Sangat terkesima melihat sungai yang dulu namanya pernah disebut-sebut dalam subjek Geografi.

3. The Cendere Bridge (The Roman Bridge)

4. The Karakus Tumulus

Paling tragis di sini, kena ikut dengan anjing. Takut okay! Kawan kami cakap jangan lari dan cemas sebab anjing tu boleh tahu kalau kita cemas, dan lagilah dia nak kejar. Penat aku mengawal kadar kecemasan.

Mari melangkah kaki besar-besar dan berjalan kat depan-depan. Ada anjing kat belakang, takut takut! Berani betul orang yang tengah ambil gambar ni. Haha.

Sewa bas mini untuk keseluruhan perjalanan ini adalah sebanyak 210 Turkish Lira (satu bas mini).


(to be continue, insyaAllah..)