Tuesday, November 9, 2010

O dan G

Q: Why do you learn Obstetric & Gynaecology? (answer in 5 words only)
A: ............................................................................

Begitulah bunyi soklan kuiz yang doktor bagi dalam kelas. Susah kan? Harhar.

Obstetric & Gynaecology.

1. Best! :)

Secara keseluruhannya, memang sangat best lagi menarik.

2. Mudah, tapi sibuk.

Walaupun best dan menarik, aku tak rasa akan pilih O&G sebagai bidang nanti. Sibuk katanya. Ada pernah aku dengar, lelaki lebih ramai di bidang O&G kerana bagi mereka bidang ni sangat mudah. Penyakit selalu tak lari dari topik, balik balik sakit tu jugak. Skop jugak mungkin lebih kecil. Tapi memang sangat sibuk.

Ingat lagi masa kat Hospital Mafraq, terjumpa dengan sorang doktor dari Arab Saudi. Dia macam baru kerja kat situ, bidang O&G lah. Kebetulan doktor yang patut round dengan kitorang datang lambat sikit, jadi sempatlah kitorang borak-borak dengan dia dulu.

Student: Doctor why do you choose O&G?
Doctor: This is a very common question. Everybody asks me about this. Well, when I was doing my HO in O&G, there was one doctor that's very funny and helpful and I want to be like him. I thought everybody in O&G is just nice and funny. That's why.
Student: Oooo.
Doctor: But, if i could turn back the time, I would like to choose dermatology. It's easier and I can make more money.
Student: Pulak dah.. (dalam hati je okay)

3. Evaluation

Ni part yang paling tak suka. Jadi tanak cakap bye.

4. Exam

Memang kontroversi. Asyik tukar-tukar tarikh & masa exam. Akhirnya doktor decide untuk awalkan exam.

Student: Doctor you can't do this. It's too early.
Doctor: At least I told you three days before. What if I told you a day before?
Student: .............

Jadi berexam lah kitorang pada hari Ahad & Isnin, sekali gus menjadikan cuti kitorang bertambah panjang & study week kitorang bertambah pendek.

5. Mini Osce

Disebabkan Red Hall yang besar itu diguna pakai oleh pelajar lain, maka kami dak dak O&G dipecahkan kepada dua group. Separuh kat Blue Hall, separuh kat Green Hall. Kebetulan doktor yang jaga hall aku tu adalah doktor yang sangat sesuatu. Lain ditanya, jawab pun tidak.

Q: What is the content of the brown pills?
Student: Doctor, which brown are you referring to? Is it the bottom one?
Doctor: Which one do you think is brown?
Other student: Keh keh keh.
Me: Eh betul jugak soklan dia. Yang atas pon macam coklat, yang bawah pon boleh nak kata coklat. Tapi yang bawah tu nak kata merah hati pun boleh (dalam hati je okay)

Maka dalam seribu satu misteri, kami terus menjawab.

Q:What does this picture demonstrate?
Student: Doctor do you want the anatomy or the pathology?
Doctor: Just answer as the question ask.
Student: .....

Maka dalam seribu satu misteri lagi, kami terus menjawab.

Soklan diambil dari common topic, tapi bila soklan tak berapa difahami, jawapan boleh jadi salah kalau salah faham dan boleh jadi betul kalau betul faham.

Q: What are you going to do with this patient?
(Doktor nih nak investigation ke management?)

What do you think?

6. Osce

Osce yang patutnya dimulakan pukul 8, nak dekat pukul 11 baru dapat masuk. Menjadi antara orang-orang yang terakhir berOsce tak berapa best sangat. Selain jantung yang makin kuat berdegup, fikiran dah mula terganggu dengan hal-hal tak berkait. Sibuk duk kira berapa station la, nak buat apa lepas exam la, berapa student lagi la, doktor panggil nama macam mana la etc etc.

Doctor: The doctors are going to rest and eat for a while.
Student: What? We have been waiting for two hours already.
Doctor: Emmmm.
Few minutes later..
Doctor: Here have some food.
Me: Yeay roti ayam!
Dia I: Kaya gak JUST ni kan.
Dia II: Baiknya doktor nihh.
Dia III: Alaa nak roti hotdog.

7. Buku

Ten teachers adalah sangat best untuk dibaca bagi orang-orang yang baru belajar nak baca buku dengan tekun. Haha. Bahasa simple, ringkas, mudah faham. Kira boleh laa, walaupun tak baca semua.

8. Few things to ponder

i.
"Saya lepas je beranak kan anak pertama saya nih, terus saya telefon mak saya. Saya mintak maaf & ampun semua. Baru saya tahu macam mana sakit yang mak saya rasa masa beranakkan saya dulu..," kata sorang kakak nih.

ii.
Mafraq Hospital, Normal Vaginal Delivery:
Makcik tu macam tak larat nak beranak dah. Jenuh duk push tak keluar-keluar. Dia asyik mintak nak pembedahan je. Nurse marah gile suh cepat push nanti anak boleh mati, sebab masa tu dah banyak amniotic fluid yang keluar. Memang tak larat nak tengok. Berat mata memandang, berat lagi la kot bahu yang memikulnya. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya anak berjaya dikeluarkan. Dah biru anaknya, sampai bengkak muka semua. Huhu nasib baik hidup lagi. Rupanya kepala anak dia besar, patutla susah nak keluar. ----> gila tak menarik kaedah penceritaan. tak tahu macam mana nak ekspres. tengoklah sendiri nanti.

iii.
Mafraq Hospital, Deep Cervical Laceration:
Sorang makcik nih dah lepas beranak, tiba- tiba banyak gila vaginal bleeding. Fresh blood. Doktor datang dan mengesahkan ianya adalah cervix laceration (cervix dia terkoyak). Doktor terus jahit bahagian yang terkoyak tu tanpa ubat bius. Masa tu doktor ingat laceration tu kecik je. Sekali dah jahit sampai ke mana- mana dah masih lagi ada bahagian yang terkoyak. Rupanya deep gila cervix laceration makcik tu. Kesian kot. Menjerit-jerit kena jahit takde bius. Last last doktor suh bawak masuk operation theater & bagi ubat bius semua, too deep katanya.

iv.
Satu hari ketika menelefon kampung halaman..

Me: Sakit tak beranak?
Mak: Sakitlaa. Tapi bila dah dengar suara anak menangis terus hilang semua sakit-sakit tu.

v.
"When you are a mother, you are never really alone in your thoughts. A mother always has to think twice, once for herself and once for her child"-lecturenote.


I might not do very well for this 9 credit hour subject, but I enjoyed it very much!


Okay lah tengah cuti so nak buat hal-hal yang patut dibuat time cuti. Bye!

2 comments:

mars said...

im thinking of dermatology too.haha.bleh la ak buat kerja sampingan spt jd cg tadika ke :D

fruity_loops said...

haha rajin ko nak jadi cg tadika lak. tapi menarik gak tu! :D