Friday, May 7, 2010

Palpitation


Palpitation dalam bahasa kampungnya bermaksud seseorang yang sedar dan rasa bahawa jantungnya sedang berdegup atau dalam bahasa inggerisnya awareness of one's heartbeat.

Normalnya, kita tak akan sepanjang masa sedar bahawa jantung kita sedang berdegup, so kalau kita sedar akannya bermaksud ada sesuatu yang tak kena lah.

Dah dua hari rasa palpitation tanpa henti.
Penat bila tiap detik aware dengan degupan jantung sendiri. Syukur pada Tuhan kita diciptakan tak aware pada seluruh aktiviti dalam tubuh. Bayangkan kalau kita boleh rasa makanan yang dimakan bergerak dari perut ke duodenum pastu gi jejunum, ileum dan usus besar. Masalah kan? Tak pun kita boleh rasa neuron-neuron dalam otak bersinaps waktu kita study. Fuhh, tension kot.

Bila terasa palpitation nih, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah, "Aku ada arrhythmia ke nih".

Arrhyhytmia: any variation from the normal rhythm in the heartbeat. Salah satu dari simptomnye adalah palpitation tu lah.

Kemudian, bila dikenang-kenang, teringat sorang senior pernah cakap masa tahun dua dulu, "Kalau asyik rasa tak sedap hati je, maksudnye ada something wrong dalam hubungan kita dengan Allah. Kena check balik ibadat kita."
Tapi itu kalau tak sedap hati, bukan palpitation. Ke same je maksudnye? Entahlah.

Ataupun sebenarnye, ni simptom disebabkan rasa takut yang melampau-lampau tapi tak dapat nak diekspreskan. Akhirnya, jantung yang menanggung beban. Oh kasihan jantung!
Kalau nak kata takut logik jugak. Memang tengah takut dengan banyak perkara pun sekarang nih. Baik palpitation disebabkan takut daripada disebabkan oleh arrhythmia atau sakit-sakit yang lain. Oh!

Apapun, harapnye palpitation ni dapat pergi membawa diri secepatnye.


P/s: Bukan nak tunggu, tapi tak rasa nak pergi.
P/s/s: Sori entri ni nyer ayat macam berterabur sikit. Penulis tengah mengantuk + mengalami palpitation + penat berjalan-jalan :)

1 comment:

Anonymous said...

trima kasih tuan bakal doc..minta disebr ya:)tulis la lg..explain dlm bm lg...br mudah phm:)stadi kt mane?