Sunday, July 11, 2010

Sabar I


"Bibir mudah mengucap sabar, tapi hatilah yang remuk menderita.."

Sabar.
Bukan seringkas ejaannya, bukan semudah sebutannya.


Tengah hari tadi, sewaktu berjalan pulang ke rumah, ada sorang pacek arab ni campak cawan plastik dia yang masih mengandungi kopi betul betul kat depan aku. Dia nak buang tapi tak jumpa tong sampah lah kot. Kopi yang masih ada kat dalam cawan tu terpercik dengan lajunya lalu mengenai aku.

Apa lagi. Marah sungguh lah! Tapi kaki masih terus dihayunkan sambil mulut terkumat kamit meluah rasa geram di hati.

Tiba-tiba teringat sesuatu yang pernah aku sampaikan pada anak buah dalam MIFC Sabtu lalu. Beristighfar aku dua tiga kali. Barulah sedar, bibir memang mudah mengucap sabar, tapi bila dah kena batang hidung sendiri, baru lah tahu betapa sukarnya untuk mencapai erti sabar yang sebenar.


Teringat pesanan sorang AJK MIFC, sabar adalah apabila di saat awal punca kemarahan tu datang, pada masa tu, takde sedikit pun rasa marah dalam hati, walaupun untuk sesaat. Wah! Betapa hebatnya orang yang macam tu.


Rasulullah adalah contoh yang paling baik.
Baginda diherdik, dicaci dan dicampakkan dengan batu serta najis. Adakah pada waktu itu baginda cakap macam ni, "Ishh diorang ni nak kena betullah! Baling balik kang!"? Atau mungkinkah pada waktu tu baginda menyimpan dendam dan rasa marah dalam hati?
Tidak!
Malah tak pernah wujud pun rasa marah dalam hati kecil baginda pada ketika itu. Ini lah dia namanya sabar.

Kita?
Menahan marah dalam hati pun sudah cukup sukar, inikan pula untuk meniadakan terus kewujudan rasa marah dalam hati sedari awal.

Patutlah Allah janjikan ganjaran yang lumayan pada hamba-hambaNya yang bersabar.


"Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)" (25:75)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas" (39:10)


Masih perlu berlatih banyak untuk menjadi orang yang bersabar dengan sebenar sabar.

No comments: