Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Kepohchi Pokcik3 ^^




If yesterday we were having pillow talk.. ( sangat dramatic ok!!!! )


But... Today.. we were busying 'Facebooking' although our exam is on this coming Wednesday..






kePoChIiiee PePoKcIiikkk
















p/s : saje buang masa..sbb nk release tensen..=D

Friday, March 12, 2010

Laughing Out Loud (^^,)


p/s : i found this one from my friend's blog. wpon agk kurg sopan, but its funny. Sile2 bace. XD

TELUR REBUS

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!


Wednesday, March 3, 2010

-LOL-



Malunya Saya



Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je.


Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!


"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"



Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.




MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.



******************************************************************************************************************



Saya Kenal Awak


Sepasang suami isteri yang agak sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway..mereka di tahan polis...ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut...

Polis:..Puan...Puan tahukah...bahwe Puan memandu melebihi had kelajuan...

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata...

Isteri:Bang....polis tu cakap ape?..

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri...isterinya mengalami kekurangan pendengaran...maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.

Suami:Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!

Polis:..Puan mintak lesen memandu...

Si isteri sekali lagi memandang suaminya...

Isteri:..Dia kata ape bang...

Sekali lagi si suami menjerit...

Suami:DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut...Lalu polis itu berkata...

Polis:ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [...saya dulu-dulu mase mude2 dekat situ saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yg penah sye nampak...

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya...

Isteri:Apebende die kate bang...

Dan si suami menjerit berkata....

Suami: DIA KENAL KAMU!!!!




***********************************************************************************************************



Atan dan Cikgunya


Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????...



******************************************************************************************************************


Lemah BI


Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan



*************************************************************************************************************************


Tips2 untuk cover malu




Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu.

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

d. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.





p/s = "Sila bersopan dalam ruangan blog anda. Anda mungkin diperhatikan "




Tuesday, March 2, 2010

Laugh It Up For Your Heart

Ting Tong !!!!!!!


Today we have no class.. =D


so bersantai2 la kami kat rumah awal arini heee XD


Mahfuzah : " Waaa sangat epi ok dapat balik sejam awal before azan Zohor."

(hahaha~ selaluyer ktorng balik mesti after azan..so arini cipta rekod baru la^^)




Semalam aku xde idea nak tulis ape..


Now baru ada... ;)



****************************************************************************************************




LAUGH

Hahahahahahaaha~!!!!!!

LAUGH

Hehehhhehehehe~!!!!!!

LAUGH

Huahauhauahaha~!!!!!





Do you laugh????


No??


Oh God~


Do please laugh people~ !!!!!!!!





"Women laugh 7x more than men and they live 7 years longer"




Do you know why??????



ngeh3....ngeh3....ngeh3...





Humor is infectious. The sound of roaring laughter is far more contagious than any cough , sniffle or sneeze. When laughter is shared , it binds people together and increase happiness and intimacy .





Laughter is a power antidote for stress, pain and conflict. Nothing works faster to bring your mind and body back into balance than a good laugh. Humor lightens your burden , inspires hopes, and connect you with others.




Definitely I would say ....






LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE




OK2... Now lets see the BENEFITS of LAUGHTER



Physical Health Benefits :



  • Laughter relaxes the whole body. A good, hearty laugh relieves physical tension and stress, leaving your muscles relaxed for up to 45 minutes after.


  • Laughter boosts the immune system. Laughter decreases stress hormones and increases immune cells and infection-fighting antibodies, thus improving your resistance to disease.

  • Laughter triggers the release of endorphins, the body’s natural feel-good chemicals. Endorphins promote an overall sense of well-being and can even temporarily relieve pain.

  • Laughter protects the heart. Laughter improves the function of blood vessels and increases blood flow, which can help protect you against a heart attack and other cardiovascular problem





Mental Health Benefits :


  • Laughter dissolves distressing emotions. You can’t feel anxious, angry, or sad when you’re laughing.

  • Laughter helps you relax and recharge. It reduces stress and increases energy, enabling you to stay focused and accomplish more.

  • Humor shifts perspective, allowing you to see situations in a more realistic, less threatening light. A humorous perspective creates psychological distance, which can help you avoid feeling overwhelmed.





Social Health Benefits :


  • Be more spontaneous. Humor gets you out of your head and away from your troubles.

  • Let go of defensiveness. Laughter helps you forget judgments, criticisms, and doubts.

  • Release inhibitions. Your fear of holding back and holding on are set aside.

  • Express your true feelings. Deeply felt emotions are allowed to rise to the surface.







Since so much benefits can be derived from laughter ..



Why aren't you people laugh????????



If you are not a humorous person..



Come on~!!!!!



Do change..



Don't make your life dull and lonely.



^__________^



Ok?????


Peace ~!!!!!!!!







p/s... Thanks for ur CEKODOK yek =D



Sunday, February 28, 2010

Nooky Knock3 ^^




Knock3..Knock3..Knock3 ..




I just finished reading my notes..

ngeh3 ..tepuk la sket~


The most important equipment that I should have before handling with my notes is


THE HIGHLIGHTS


No highlights no study


Why do I need them????


Hurmmm..easy.. - I just wanna make my notes look colorful.
So I can read them in a better way. Or else they look dull.
(eeeeeiiiiii tak semangat langsung)

Tapi kan... sama je..


SEBAB...


AKU STUDY LAJU3...


nak3 last- last page... mula laaaaaa aku dok tonyoh3 warna

Aku mantok lerrr..

so kesimpulan yer xstudy pon xpe..


*Do study smart guys.. Is ok if u read a little , at least u gain something. *
Better than nothing =D




****************************************************************************************



DAWAM a.k.a ROUND




Conversation with my Arabic friends :


Before Dawam :



S : Morning =)

D + A : Morning =)

S : Where's Mahfuzah???

D : Ooohh .. She's absent today.

S : I see.. Ooohhh.. Each of you have turn to absent is it ????

D + A : senggih je laaaa.. haha~ Speechless..




Dawam :


Doc : Kullu khadir???

Students : except Mahfuzah

Then the doc asked the students to cancel the name of the missing person. The paper was in M's hand..so I said to M.

D : M .. the doc ask to cancel Mahfuzah's name .. (maapla kdg2 budak msia nie mmg jujur sgt)

M : Is ok.. No need.. Khalasss

Then he passed to Mr T. Lastly back to doc's hand.
Again..the doc asked about the missing person..then he erased the name..All of sudden :


AR : They are truly Asia..


Both Mr T and Mr Msa laughed ... Hahaha..seyesly I dont know why they keep saying about quote ' truly Asia ' suke kamu la .. asalkan korang bahagia =D




After Dawam :

Actually it was raining that time.. plus there was no lect today.. So while waiting for a taxi ..


M : What is the capital of Malaysia .

D : Kuala Lumpur..

M : Ooohh Kuala Lumpur... Nice Kuala..



We all stared at him and laughed .. hahahah.. Mr M.. is a nice and funny person..




*******************************************************************************************************


Home



Balik2 je trus on tenet..

Then Mahfuzah called.

Tup3 xde karan.

Hurmmmm ....

apa lagi.. landing ar kat katel.

Dah tido petang mula la mimpi merepek

Mimpi aku ternak gajah kat beranda rumah..

hahahahaa!!!!~ haaiihh merepek la ko~

Orang dah kata xelok tido petang..degil jugak.






p/s = Song of the day ^^ ---> Taylor Swift - Our Song




Wednesday, February 24, 2010

Day Off

Khamis (25/Feb/2010) (6.50 a.m)



Hari ni day off untuk budak internal med. dan surgery..( no dawam and no class~ yeah!!!!)
Kebunga-bungaan hati masih lagi mekar..^^
Bukan senang nak dapat day off..( gle seronok..)
Tapi budak pediatric aktiviti anda jalan seperti biasa yek..Selamat la~ hehe..
Osmate aku dah bising-bising tanda tidak puas hati...Kesian dia..minggu ni minggu busy dia~
So aku pergi bilik dia and bagi la 'cookies milk' tanda bagi semangat.. heee =D



Semalam class pula tiba-tiba dibatalkan..
Bukan main semua bersinar-sinar je mata.
Masing-masing semua tak boleh setop tersenggih..
So apa yang kami rancangkan berjalan dengan lancarnya..
Bukan rancang takde class tapi rancang nak lepak umah cek Fruity..
Turn dia pula melayan aku dan cek Honey sebagai tetamu.. (Tq dengan hidangan lazat awak yek^^ + cerita ' 3 Idiots' yang mantap..I LIKE IT !!!! )








Pagi nie tiba-tiba member lama aku buzz Ym..Sebenarnya sebelum nie ada je dia buzz tapi aku tak berkesempatan masa nak reply..
Rupa-rupanya dia nak beritahu yang dia sudah dapat kerja.. (Tahniah~ ^^)
Aku tumpang gembira..
Tambahan pula dapat bahagian yang dia nak selama ini..
Alhamdulilah....
Semoga dia dapat kerja dengan happy =D



Haaa lagi satu...
Kepada member-member yang ada exam..
Gudluck tauuu ^___^
Moga-moga dapat menjawab exam dengan baik..
Amiinnnn...~





p/s = "Act happy, feel happy, be happy, without a reason in the world. Then you can love, and do what you will."

Friday, February 19, 2010

Personal Dementia Test

Tengah dok godek2 tenet tibe2 jumpa kuiz nie..
Tergelak sorang2 time jawab..
Haaa selamat mencuba tau =D ...


******************************************************************************************


Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......



Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.




p/s - Amacam dpt jwb x???