Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Rumah itu


rumah itu kecil saja
tapi aku besar di situ
rumah itu comel kerana cinta mama
rumah itu selesa kerana kasih baba
rumah itu riuh kerana kakak dan adik
dan kerana kasih suci mereka
aku hadir di situ

Friday, May 28, 2010

Sayang Sayang Ibu, Sayang Sayang Ayah

Salam!

I've been busy facebook-ing & twittering until I almost forgot that I have a blog.

The house is quiet. The living room is dark. The kitchen is in peace. The twitter & facebook are active! What do all these indicate?
Yes genius! Examss are coming! Yeay Yeay! =.=

The midterm for the last rotation followed by three finals aren't seem to be easy. Let's just do our best okayy!
________________________________________________________________

Serangkap dua untuk dikongsi bersama..
[dipetik dari suatu tempat]

DOA untuk KEDUA IBU BAPA:


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
________________________________________________________

Semoga kita semua menjadi anak yang solehahh serta mendapat zuriat yang soleh & solehah! Ameen :))

Lupakan yang buruk, ingati yang baik, jangan buruk sangka, selalu baik sangka! Jangan fikir susah sendiri je, ingat juga kesusahan orang lain! Oraitt!


P/s: Sorry honey my heart is not for you! XD

Thursday, May 13, 2010

She's my mom ok ~!!!!! =)


Hurmmm...
Dah lama rasanya x meng'update'..
Banyak benda yang berlaku..
so agak tawar hati kot..
Tapi aku pon agak busy laaa...

So tibe3 malam nie mood baek datang..
may be sbb ptg tadi aku dok col mama..
Sejak akhir2 nie mmg agak serabut sket..
Tak tau laa kalo aku yang cari penyakit..
Tapi benda nie melibatkan masa depan aku..
so nak tak nak aku xboleh lari untuk tak pikirkan benda 2...

Dalam keadaan3 camni aku suke tanya opinion mama..
so col laaa diaa..
mula2 biser laa..macam xready nk tnya..
tp firasat ibu bole baca ati anak dia..
heeee.. ;)
disebabkan xready 2..aku dok g tuko topik...

"Mama epii x masa lahirkan na "?????

Hahahaa XD...
Kadang3 kite tak terpikir nak tanya soklan cmni kan kat mak kite...
Aku tersedar pon sbb member ak tnya soklan nie kat aku..
So my mom pon mula dok cite3 kisah2 dlu dia...
heeeeeeee =D (dok gelak3 jeeeee)

Pas dah redaa..baru share psl tujuan asal aku col..


Ntaaahhh laaahh...

Aku cuma nk cakap...seyesly..sangat3 bersyukur mempunyai mama yang memahami..
Dia lahh mama..dia laahh my besfrenn...
Banyak nasihat yang dia bagi yang menyebabkan aku mengangguk sama..
Dia lebih makan garam..maka dia tau yang terbaek..
Tapi segala keputusan ditangan aku.. ;)
Thanks Mama....
You r world greatest mom...sgt sporting..^^

Masa wish mOther's day..

Mama cakap..'ari3 pon mother's day'
heeeeeeee ...=p


Love her damn much...

Alhamdulilah.......aku bersyukur..

Thursday, April 1, 2010

"Keluarga Saya"





Kali pertama baca karangan ni rasa macam agak kelakar, tapi bila diulang baca kembali terasa sedih pula. Aku sendiri pun tak pastilah sama ada kisah ini benar ataupun hanya rekaan penulis (Bob) semata-mata. Tapi memandangkan ianya ditulis oleh seorang pelajar (kemungkinan besar pelajar sekolah rendah), logiknya ia adalah kisah benar. Mana mungkin seorang kanak-kanak mengakui dirinya sebagai anak luar nikah melainkan jika dia diberitahu sedemikian oleh ibu atau bapanya sendiri.

Jadi pada pendapat aku, ini kisah benar. Muhaha, suka hati je. Tapi kalau benarlah sangkaan aku nih, bayangkan, seorang kanak-kanak yang masih bersekolah (apatah lagi kalau dia sekolah rendah) dah tahu yang ibunya ada lelaki lain dan ayahnya tak peduli. Kakak dan abangnya pula tidak bersekolah dan ayahnya tak peduli. Ayahnya tak peduli, dia kata.

Sedihkan kalau orang yang sepatutnya menjaga kita tak peduli dan tak ambil kisah?

Pada perenggan pertama karangan ni, Bob menjelaskan pengertian keluarga sebagai sesuatu yang mesti ada ayah, ibu, abang, kakak, adik dan sebagainya. Itu yang dia faham. Sampaikan dia wujudkan watak adik yang tak wujud pun sebenarnya (jujur sungguh Bob nih). Mungkin disebabkan dia masih kecil, jadi dia hanya faham erti keluarga sampai situ je atau mungkin juga bagi dia, keluarga hanyalah sekadar nama-nama itu je.

Perenggan akhir paling menyayat hati kott. Bob teringin menyudahkan karangannya sebagai mempunyai sebuah keluarga yang bahagia (mungkin sebab cerita dongeng banyak akhirnya dengan hidup bahagia kott), tapi disebabkan dia seorang yang jujur jadi dia pun sambung ayatnya menjadi "...walaupun sebenarnya tidak.." T_T

Urghhhh apa aku membebel nih. Suka hati je buat analisis sendiri. Muhaha!

Apapun, mari sama sama doakan Bob diberi kekuatan untuk menghadapi semua dugaan nih. Chaiyok chaiyok Bob! You can do it!

Untuk apa yang kita ada sekarang nih, alhamdulillah.

Just endure with it a little bit more until I go back home okay! Everything is going to be just fine :)

Sunday, March 21, 2010

Stick Girl


I'm a daughter hiding my depression.
I'm a sister making a good impression.
I'm a friend acting like I'm fine.
I'm an adult pushing her tears aside.
I'm the girl hoping you'll be there.

Monday, March 8, 2010

Lizard Tale

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.





Rasa yer banyak perngajaran korang leh dpt dari cite nie. Kalau ikatan sayang itu kuat jauh mana korang pun Insyaallah tak akan terlerai. Senang cita aku bagi korang daripada sudut family and friends . Korang memang a jauh berbatu daripada diorang tapi itu bukanlah alasan untuk korang lost contact a. Dengan dunia serba canggih sekarang nie senang je nk dok mengontek2.. heee =D ..Haaa satu lagi jangan dok tggu parents yang cari kite..senang2 2 g lah msg yek…;).



JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!




p/s = song of the day ---> Cun Saja ^^


Saturday, February 27, 2010

Mama Na Rindu ;(




MAKKKKKK !!!!!!

Na rindu sangat kat mak T__T

Even baru je call rasa rindu tu makin membuak-buak.

Dah penat dah membilang hari untuk pulang.

Makin dinanti harinya makin terasa lama.

Penyakit HOMESICK dah mula nak serang.





Mak tau tak na hari-hari rindukan mak.

Tapi hari dah tahap maximum dah.

Tadi masa call macam2 mak bagitau..

Na ketawa tak boleh nak stop.

Geli hati dengan gelagat adik2 dan papa.

Memang payah nak jaga sorang2.

Mama kata : "Awak pikir senang nak jadi mak"

Na gelak je. ;)







Dia bukan sahaja mak tapi lebih kepada kawan.

Apa jua masalah aku pastinya aku akan share bersama.

Orang kata bila kita rindu seseorang , aura rindu tu sampai kat orang tu.

Betul ke haa??

Ntahlah.. itu aku tak berapa pasti.

Yang pastinya mak aku selalu dapat je detect saat2 aku tengah down.

Time2 tu la dia akan call or msg.

Sayang yer la na kat mak.

Kalau na hilang mak..Ntahlahh~

Na takut na akan jatuh tak bangun2.






Tapi perlu ke aku lemah sampai camtu..

Ko tak boleh sebab ko ada adik2 yang sangat2 memerlukan ko

Tanggungjawab kau besar.

Ya... Memang besar dan berat.





Ingat lagi masa mula2 nak fly dulu.

Belum pape lagi mama dah menangis dulu.

aaaahhhh SEDEH YERRR~

Yela aku dan dia mana pernah berjauhan.

Walaupun sudah 4 tahun aku di perantauan ,

Namun rasa rindu aku pada dia tak pernah berkurang.

Malah semakin bertambah-tambah.

Dulu mama pernah cakap..

"Eh awak ini dah 3 tahun kat sana pun masih nak nanes2. Orang arab kat sekeliling pun dah bosan tengok awak"

" Alaaa mak ini..mak tak rasa dok jauh.. abes na dah rindu.. Nak buat camne"






Demi ALLAH aku sayangkan dia.

Insan yang sentiasa memberi semangat kepada aku.

Insan yang sentiasa berfikiran positif

Insan yang kuat dan tabah melayani kerenah anak-anaknya.






Mak na sayang sangat mak ~!!!!!!!!


mama and deena






p/s = Buatmu Ibu - Ae man
To my adik2..kalo ada kelapangan contact2 umah la yekk.. luv u.





Thursday, February 25, 2010

I'm Sorry

I know I wasn´t there, when you needed me the most.
I know I didn´t care, I was afraid to get so close.
I know I let you wait, I´ve been away for far too long.


I´m sorry for your pain,
I´m sorry for your
tears,
For all the little things I didn´t know,
I´m sorry for the words
I didn´t say,
I'm sorry for the lies,
And I´m sorry for the fights,
For not showing my love a dozen times,
I´m sorry for the things that i called mine,
But what I still do, I´m still loving you.

That´s what I´ll always do.

p/s: may Allah bless you with happiness for the rest of your life. i miss you and i miss the old times.

Tuesday, February 23, 2010

Bukan Kisah Aku II

“Maafkan pakcik sebab terlambat. Jalan sesak tadi,” kata Pak Karim sebaik sahaja aku melabuhkan buntut di tempat duduk belakang kereta.

“Takpe lah Pak Karim. Kelas pun habis lambat tadi. Saya baru je keluar ni,” jawabku sambil menutup pintu kereta. Kelas aku bermula pada jam 3 petang dan tamat pada jam 5 petang setiap hari. Tetapi hari ini kami dilepaskan lewat setengah jam. Semuanya gara-gara masalah ponteng yang semakin dahsyat. Doktor pengajar terpaksa mengambil kehadiran berulang kali untuk memastikan tiada pelajar yang menipu. Mana taknya, terdapat pelajar yang menandatangani kertas kehadiran dan kemudiannya terus pulang. Bukan seorang dua, tetapi ramai yang bertindak sedemikian. Bagi aku, hal ini memang cukup memalukan. Apatah lagi ia dilakukan oleh mereka yang bakal bergelar doktor dalam masa dua ke tiga tahun lagi. Jika sikap suka berbohong sebegini sudah menjadi tabiat, bagaimana pesakit hendak mempercayai para doktor kelak?

“You will always gonna be my love...,” tiba-tiba lagu First Love nyanyian Utada Hikaru berbunyi dari telefon bimbitku menandakan ada panggilan masuk.

Aku menekan butang ‘Receive’ dan menjawab panggilan tersebut, “Waalaikumussalam. Ha kenapa? Oh boleh boleh. Tunggu kat pintu gerbang hospital okay. Bye.”

“Pak Karim, kawan saya nak tumpang balik sekali. Pak Karim pusing je kat roundabout depan tu ye,” arahku pada Pak Karim sebaik sahaja panggilan tadi tamat. Mujur kami masih belum jauh dari perkarangan hospital.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu gerbang hospital, Pak Karim memberhentikan kereta. Sudah tidak ramai manusia yang berada di situ. Mungkin masing-masing sudah pulang. Kelihatan dua orang perempuan Melayu sedang leka berbual. Sampai terhinjut-hinjut bahu mereka ketawa. Pasti ada sesuatu yang mencuit hati. Aku membuka cermin tingkap kereta dan melaung, “Puteri! Wani! Seronoknye berborak. Tak mahu balik ke?”

Mereka menoleh serentak dan bergegas ke arah aku. “Eh mestilah kitorang nak balik. Tak mahulah tidur kat hospital ni. Takutt!” kata Puteri sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.

“Tahu pun takut. Nampak tadi macam dah seronok duduk kat hospital ni,” aku sengaja menghangatkan lagi keadaan. Memang seronok menyakat orang.

“Memang seronok. Tapi takut orang rumah risau. Jadi kenalah balik juga,” Wani mula bersuara. Lantang mereka membalas sakatan aku.

Belum sempat aku membalas kembali, Pak Karim pula bersuara, “Haha macam-macamlah korang ni. Sudah-sudah jangan bertekak lagi, nanti Pak Karim join sekaki, korang juga yang menyesal.”

Kami ketawa terbahak-bahak.

“Pak Karim, maaflah menyusahkan. Bas dah takde tadi. Teksi pun dah takde. Kami tak tahu nak balik macam mana lagi,” kata Wani.

“Eh takpe. Dah memang kerja pakcik. Lagipun rumah kamu berdua memang satu jalan pun,” jawab Pak Karim sambil tersenyum. Sepanjang perjalanan pulang, aku, Wani dan Puteri berbual-bual tentang pelbagai perkara. Sekali-sekala Pak Karim akan menyampuk perbualan kami. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam itu terasa sekejap sahaja. Biasalah perempuan, kalau sudah berborak, 24 jam pun belum tentu cukup.

Setelah menghantar Puteri dan Wani ke rumah masing-masing, kami menuju ke rumah. Tiba-tiba Pak Karim bertanya, “Kamu tahu tak dunia ni sangat kejam sebenarnya?”

Aku berasa sangat pelik dengan soalan Pak Karim. Mungkin dia ingin berfalsafah serba sedikit. Aku pun menjawab sekadarnya, “Tahu. Tengok berita je cukuplah. Manusia dianiaya secara terang-terangan. Tanah dan harta dirampas tapi mereka tiada daya nak melawan. Yang lemah ditindas, yang kuat menindas. Kejam.”

“Dari berita je tak cukup. Hanya orang yang pernah merasai kekejaman dunia je akan sentiasa beringat,” jawab Pak Karim perlahan. Aku semakin tidak faham.

“Maksudnya?” tanyaku.

“Satu hari nanti kamu akan faham,” kata Pak Karim. Dari cermin sisi kereta, aku lihat Pak Karim tersenyum kelat. Tiba-tiba terasa berdebar pula. Kata-kata Pak Karim itu seolah-olah sedang memberi amaran. Amaran apa aku tidak tahu. Ah, aku memang suka fikir yang bukan-bukan. Mungkin kerana banyak sangat menonton movie.

Niat aku untuk bertanya dengan lebih lanjut lagi terbantut apabila kereta yang dipandu Pak Karim dimatikan enjinnya. Sudah sampai di rumah rupanya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Pak Karim, aku bergegas menuju masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum!” laungku dari pintu apabila ternampak kelibat ibu di ruang makan.

“Waalaikumussalam,” jawab ibu lembut. Ibu sedang menghidang makanan untuk makan malam. Pasti ibu sudah selesai memasak. Begitulah rutin ibu setiap hari. Walaupun kami mempunyai orang gaji dari Indonesia, ibu tetap mahu memasak dan menghidang makanan untuk keluarganya sendiri. Orang gaji tersebut diberikan kerja-kerja sampingan yang lain seperti mencuci pakaian atau mengemas rumah. Untung ayah dapat isteri seperti ibu, untung juga aku dapat ibu seperti ibu.

“Lambat balik hari ni. Pergi mana-mana ke tadi?” tanya ibu.

“Eh takdelah ibu. Kelas habis lambat sikit,” jawabku ringkas.

“Oh,” balas ibu sambil menyusun pinggan di atas meja.

“Mana asu dan awang? Dah balik ke?” aku bertanya tentang dua orang adikku kepada ibu.

“Dah. Ada kat atas tu ha. Main game kot. Ibu suruh buat homework awal-awal tak mahu. Game tu lagi penting kot. Nanti malam-malam baru nak kacau orang tidur. Tak faham itulah, tak faham inilah. Kalau buat awal-awal kan senang,” bebel ibu. Aku pula yang kena. Tapi memang benar kata ibu. Kadang-kadang aku yang jadi mangsa. Dah nak dekat pukul 1 pagi baru nak tanya itulah, nak tanya inilah.

“Hahaha. Alang naik atas dulu ye ibu,” aku meminta izin.

“Cepat sikit siap. Jangan pergi join adik-adik main game pula. Suruh diorang mandi dan solat sekali. Nanti turun makan sama-sama,” arah ibu panjang lebar.

“Okay bos!” balasku sambil berlari-lari menaiki anak tangga.


(insyaAllah bersambung...)

Mohon sesaat berangan.


p/s: saya tak suka kumbang #_#

Saturday, February 20, 2010

Make a wish and blow


She made who i am today.


When i was young,
you're the one who've taken care of me, when i first got sick, you bathed me, cleaned up my puke, made me a cup of hot milo, you loved on me.

When i was a children,
crying of not going to tadika, you consoled me gently with your inspiring words. Patiently, you taught me mengaji, every evening, along with my brother. When i fought with my primary school's friends, you'll be there to be my savior, my comforter, my everlasting, the one and only friend.

When i was once a teenager,
again crying of not going to the boarding school, forcing you and dad to come and visit, merengek to be home every single week, you held my hand tight, give me the strength, the patience to be who i am today.

As i grew up,
seeing your tears on the day the SPM's result was announced, made me relieved, how you raised me up, wanted me to be a better person, without mengharapkan any balasan. I knew it deep in your heart.

And as i became who i am today,
i'm very thankful, to have an amazing you, walking together throughout my life. Thank you for caring and understanding me. I love you lots, MOM.

Happy Birthday my guardian angel!
20 Februari 2010



And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.


Monday, February 15, 2010

Bukan Kisah Aku I

“Pak Karim tu kawan baik ayah. Kami dah berkawan sejak dari zaman ayah masih main kejar-kejar lagi,” kata ayah sambil memandang Pak Karim yang sedang tekun mencuci kereta.

“Oh begitu,” balasku sepatah dua. Dalam hati, aku begitu mengagumi persahabatan ayah dan Pak Karim. Patutlah ayah bertegas mahu Pak Karim mengikut kami ke sini.

“Karimm! Marilah minum sekali,” laung ayah sambil mengangkat cawannya. Aku yang sedang duduk di sebelah ayah turut melambai-lambai Pak Karim, mengajak minum petang bersama.

“Tak apalah Amin. Aku nak habiskan kerja aku dulu. Lagi sikit ni ha,” Pak Karim menolak penuh adab. Kami senyum.

Petang itu sungguh nyaman. Bayu yang bertiup lembut membawa udara sejuk yang sampai ke tulang rasanya. Aku dan ayah menjamah kepingan biskut Tutku bersama secawan Milo panas dengan penuh selera. Sambil itu, kami berbual-bual tentang segala hal. Bermula dari hal-hal di pejabat ayah atau di universiti aku, sehinggalah ke isu-isu dunia. Hampir kesemuanya kami kupas. Beginilah rutin kami setiap petang.

Ibu serta ahli keluargaku yang lain akan menikmati minum petang di ruang makan sahaja. Di luar ni sejuk kata mereka. Tambahan pula, musim sejuk masih belum betul-betul berakhir lagi.

“Vroomm!! Vroomm!!”

Sebuah kereta Mercedes berwarna hitam meluncur deras memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik ayah. Kelihatan seorang gadis keluar dari kereta tersebut dan menuju ke arah kami.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam,” aku dan ayah menjawab serentak.

“Kamu ni tak boleh ke bawak kereta tu perlahan sikit? Kalau ayah ada sakit jantung ni dah lama masuk hospital tau. Nanti kamu juga yang susah,” bebel ayah.

“Alaa ayah ni. Along tak sengaja tadi. Terlebih tekan minyak. Hehe,” jawab along sambil tersengih-sengih. Dah macam kerang busuk aku tengok.

“Pandailah kamu bagi alasan. Kenapa tak suruh Pak Karim je yang ambil kamu dari pejabat tu. Ayah bukannya tak nak bagi kamu memandu, tapi kat negara Arab ni, ayah tak berapa yakin la. Pemandu kat sini dah macam mat rempit semuanya. Bahaya,” kata ayah sambil mengerutkan keningnya. Risau benar ayah.

“Ayah janganla risau sangat. Along kan dah besar,” jawab along ringkas.

“Haah along memang besar pun ayah. Tengok tu lemak dah penuh keliling pinggang. Hahaha,” aku menyampuk sambil ketawa sekuat hati. Seronok rasanya dapat mengenakan along.

“Apa kau cakap?? Haa mari sini nak tunjuk kat mana yang ada lemak,” kata along sambil mencubit-cubit perut aku.

“Adoii! Sakitlaa along! Sakitlaa!” jerit aku. “Ok ok. Along la yang paling kurus dalam dunia. Paling cun serata alam,” aku terus mengampu.

“Haa tahu pun,” muka along bangga.

“Sudah-sudah. Jom masuk, dah nak maghrib ni,” ayah mengajak.

Kami akur pada arahan ayah. Bersama-sama, kami bangun dan menuju masuk ke rumah.

Tiba-tiba, aku rasa bulu roma aku meremang. Ibu pernah cakap, kalau ada rasa sebegitu bermungkinan ada orang yang sedang memerhatikan kita tanpa kita sedari. Aku lantas menoleh ke belakang. Mana tahu kalau-kalau ada jejaka kacak sedang mengintai, boleh aku rekomenkan pada kakak-kakak aku. Tapi, tiada apa yang aku nampak. Hanya kelibat Pak Karim yang sedang mengemas perkakas membasuh kereta. Kerjanya sudah selesai barangkali.

Ah abaikan. Aku pun berlari-lari anak mendapatkan ayah dan along yang sudah beberapa tapak di hadapan.


"Aku harap bahagia ini untuk selamanya"


(insyaAllah bersambung...)

Mohon sesaat berangan.

Friday, February 12, 2010

Which is worse blind or deaf???


Morning 12/02/10 ( 11.10 a.m)

Suddenly my handset screaming out loud for answered..
I wrinkled myself.. (Hurm..sape lah rajen call pagi2 nie)
Then I looked up at the screen..
It was my mom from Malaysia..
My mind started making weirdo assumption..
Hoping nothing bad happened..

Like i guessed ..
She just wanna 'mengadu' about something ..
But I'm not interested to say what exactly the thing is..

But what am I like to share now is..
Sometimes we as children are blind and deaf..
We keep complaining what our parents try to do to us..
May be we view them as overprotected parents..

WHY they keep saying NO to what we love???
WHY they hate what we like??
WHY they always seem not to understand us???
WHY???
WHY???
WHY???

Instead of asking why have we put ourselves in their shoes???
Do you know how hard for them to raise u guys???
Of course as parents they want the best for their children..

They love u..
They care for u..
They sacrifice everything for u..

Stop blaming them!!!
Stop disagreed with them!!!
Stop hurting them!!!

-the end-



p/s = Mom + Dad i love u so much.. Only both of u can except how bad n how troublesome I am.
I do miss u all so much.. Can't wait to see and hugging u all ..


Tuesday, February 9, 2010

Before & After

“Ting!”.
Received an SMS from my sister, saying these:


"Before marriage..
Darling here, darling there.
After marriage..
Baling here, baling there.

Before marriage..
I die for you.
After marriage..
You die up to you.
Lagi lama marriage..
You die I help you.

Before wedding..
You are sweet and kind like Cinderella.
After wedding..
You are worse than grozila (what is grozila, sis? maybe you mean godzilla)

Before wedding..
Everyday makan at Shangri-la.
After wedding..
You want to go, you wait la.

Before wedding..
She looks like Anita Sarawak.
After wedding..
Don’t know whether katak or biawak."



Hahaha.
Motif?? Takut nak kahwin ke kak? XD
Don’t worry, I’m sure you’ll get the best man on earth, absolutely incomparable to the one in your SMS :)

p/s: i love you.

Thursday, February 4, 2010

::Sarangey::


Cinta aku ,

Cinta aku pada cintaku tidak pernah terpadam malah tidak pernah pudar walau sesaat.
Sejauh mana aku dan cinta aku, kasih sayangku tidak pernah luntur.
Aku hanya mengharapkan cinta aku dalam keadaan sihat..
Tidak mampu aku bayangkan kehilangan cinta aku..
Lemah lutut rasanya bila memikirkannya.

Cinta aku,

Kita seolah-olah bercinta setiap hari..
Jarak tidak menjadi batu penghalang untuk kita bercinta.
Cintaku selalu menghubungi aku..begitu jua aku..
Walaupun kami dipisahkan lautan yang luas
Namun semua ini tidak membantutkan aku untuk terus dekat bersama cintaku

Cinta aku,

Terima kasih kerana selalu berada disisiku..
Tidak kira hujan atau kemarau cinta aku tetap teguh bersamaku..
Ya ALLAH rahmatilah cinta aku ini..
Tanpa cinta aku ini aku tidak kuat untuk meneruskan kehidupan yang penuh onak dan duri..
Ya ALLAH berikanlah kesihatan kepada cinta aku ini..
Sesungguhnya aku amat mencintai cinta aku…
Jika cinta aku tidak wujud maka tidak mungkin untuk aku wujud di dunia ini…

Friday, January 29, 2010

I think..

I think i miss home
miss my mom
miss my dad
miss my sis
so bad.. T_T

I think i miss everyone
from the one that is near to me
to those that is so far away yet so close to my heart
i guess there's so many people to be listed here..

and I think i miss you too
but i've had enough from you
it makes me think that it does take a lifetime to know someone deeply & dearly..

and to think that this weekend will end and then come the weekdays
it makes me sick..real sick. *duh!*

what a pathetic feeling on a wonderful friday huh?

can't wait for the summer
can't wait for the holiday
i wanna be home.ASAP.