Sunday, November 28, 2010

Turkey II (Part II)

20 November 2010

Sesudah bersarapan, kami bersiap-siap untuk menuju ke Mount Nemrut. Sebuah bas mini telah ditempah untuk sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari sana.

Nasib baik sebahagian besar dari gunung setinggi 2134m itu didaki dengan bas. Sampai di suatu kawasan untuk meletak kenderaan, kami turun dari bas dan mendaki sedikit lagi untuk sampai ke puncak.

Kawasan atas gunung tersebut terbahagi kepada dua, East Terrace dan West Terrace. East Terrace adalah lebih tinggi dan terletak di bahagian matahari terbit. Dikatakan, disitu adalah tempat para penyembah berhala melakukan upacara penyembahan. Kelihatan beberapa patung berhala yang kepalanya sudah jatuh ke bawah. Mungkin disebabkan oleh bencana alam, atau mungkin..? Wallahua’lam.

Patung-patung tersebut dikatakan adalah pemerintah daerah tersebut suatu masa dahulu. Mereka mengaku akan menjadi tuhan apabila mereka mati. Mereka dah mati, tapi tuhan tetap Yang Maha Satu. Mereka dah mati, tapi batu tetap tinggal batu.

Setelah mengambil beberapa keping gambar, kami menuju ke West Terrace. Di situ terdapat beberapa patung berhala lagi, juga beberapa ukiran pahlawan, ketua agama dan sebagainya.

Puncak gunung tersebut asalnya adalah rata, tapi mereka yang terdahulu telah menambah batu-batu kecil untuk membentuk sebuah puncak yang lebih tinggi.


“Do you have any question?,” kawan kami, juga selaku tourist guide percuma bertanya.

“Why is the name of this mountain is Mount Nemrut?”

“Well, I’m not very sure. Maybe it’s from King Nemrut, the one that tried to burn Prophet Abraham. Maybe they take the name from him. But it is not related with him, just the name. Maybe.”


Mungkin. Mungkin Raja Nemrut terkenal pada ketika itu, jadi gunung tersebut dinamakan sempena nama dia. Atau mungkin juga memang Raja Nemrut di zaman Nabi Ibrahim yang punya berhala. Kepala-kepala berhala yang jatuh tu, adakah dipenggal oleh Nabi Ibrahim? Malah tempat Nabi Ibrahim dibakar juga tidak jauh dari situ, di Harran (sebuah bandar di Sanliurfa).

Kalau buat kajian pun menarik ni. Sesiapa yang ada maklumat berkait harap dapatlah berkongsi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pendapat menyatakan bahawa peristiwa pemenggalan kepala berhala oleh Nabi Ibrahim berlaku di Iraq.

Wallahua’lam.

Gambaran Mount Nemrut dulu-dulu.

Mount Nemrut, 2010.


Setelah itu, kami meneruskan perjalanan untuk melawat ke beberapa lagi tempat:

1. Arsameia and The New Castle

2. The Old Castle (Nymphaios Arsameia)

Dari sini, kami dapat melihat Sungai Euphrates. Sangat terkesima melihat sungai yang dulu namanya pernah disebut-sebut dalam subjek Geografi.

3. The Cendere Bridge (The Roman Bridge)

4. The Karakus Tumulus

Paling tragis di sini, kena ikut dengan anjing. Takut okay! Kawan kami cakap jangan lari dan cemas sebab anjing tu boleh tahu kalau kita cemas, dan lagilah dia nak kejar. Penat aku mengawal kadar kecemasan.

Mari melangkah kaki besar-besar dan berjalan kat depan-depan. Ada anjing kat belakang, takut takut! Berani betul orang yang tengah ambil gambar ni. Haha.

Sewa bas mini untuk keseluruhan perjalanan ini adalah sebanyak 210 Turkish Lira (satu bas mini).


(to be continue, insyaAllah..)

No comments: