Thursday, March 4, 2010
Disaster happened.
What do u expect to do, when u dengan semangatnye ingin 'berdawam' and 'berclass' ..suddenly someone told u to go home. huh? watthe..
Ok, this is the real story.
Awal pagi as usual, amek history from the patient. Hari ni dpt case yg kitorang nak sgt semalam, DVT ( Deep Vein Thrombosis ). Then baru je nk analyze the chief complaint, mrT dah call, ckp the doc came. OK fine, we didn't manage to finish the history taking for sure la kan. Keluar2 je, (after lepak2 several minutes) the doc asked us to decide either to discuss on ECG or THYROID DISORDER. Upon the decision has been made on thyroid disorder, kami pon pegi la belaja sikit2 on that topic. Belaja punya belaja smpai saket tengkuk, mrT called and asked us to go... ?somewhere ( undetected place ). Sounds like X-Ray department, so we rushed there despite of knowing where the exact place is. haha. So we called mrT again, about twice time i guess, asking him where is it. But still..undetected place. ( masalah komunikasi memangg masalah.haih~) Out of the blue, we got the sms..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Go home!
y???? there is no round today??
The doctor will not take the attendance. so just go home no problem no worries ;)
but we want to learn. we cudn't find the place. where is it actually? [memang truly asia ;p ]
it is the place where we discuss about the chest pain the day before yesterday!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sender:
mrT
+962XXXXXXXXX
replied by:
Nokia 6670
+962XXXXXXXXX
OMG! that's it rupenye. That's the place!
HAHA (gelakkan diri sendri) HAHAHAHA (gelak2 lagi)
sebab sesat, sebab lupe pasal semalam n kelmarin, sebab dah xberani nk masuk round takot mrT dah coverkan kehilangan kami.
But still, deep inside our hearts, Tuhan je yg tau betapa kami kecewa, hampa, duka dan lara... T_T
So, we ended up going home. Salah siapa? salah sendiri., sebab ckp xabes lagi dh konon2 tau. hahahahah!
Class? satu kelas je plk tu? hmm, we'll think about it, sooner or later.. ( 2hours left to re-think abou it ;p )
P/s ; Sori, mulut ter'masin. T_T
Wednesday, March 3, 2010
Bitter Sweet

Semalam aku terasa dunia aku pelik. Maybe takde lah sepelik yang korang rasakan kot.
Aku rasa malam tadi macam sunyi semacam. Bukan nak kata aku sunyi lah haha~ . Aku nie kalo tibe2 rasa senyap je mula la penyaket bosan datang. Seyesly aku macam blurr. Haiihhh !!!! . Padahal nota melambak nak kena baca.
So tak semena-mena aku g nyorok a.k.a bertafakur kat tempat paling yang tak pernah2 aku buat.
Aku g dok bertapa BAWAH MEJA STUDY AKU . Lama gak ar aku dok diam bawah meja 2 hahaha~ . Then aku g grab hp aku.. niat dihati nak meng'calling2 member. Tapi tak perasan lak jam nak dekat pukul 12 tgh malam. ( maapla kpd orang y aku kaco 2 yek..=D ) . Nasib baek la tak buang tebiat g nyorok bawah katil.
Dah lama mendiamkan diri bawah meja 2..aku pon dok la plak mengadap laptop. Aku dok tengok laptop 2 macam nak masuk kat dalam. Dok tenung dekat2. Bukan aku buat ape pon kat laptop 2 tapi dok tenung je. (mental betul)~ Pastu dok refresh web yang sama berjuta kali. ish3~
Dah penat tenung laptop aku tenung lak nota aku. Kalau aku ada superpower dah terbako rasanya nota aku 2. Alhamdulilah malam ni tak pape lak. Maybe semalam BOSAN GLE kot. Sampai tak tahu nak watpe. Hurm nak call mama, dia tengah bz2 nak g sekolah. Nak call warga Jordan confirm laaah dah membuta.
Fuuhhh ~ today aku normal. ngeh3..
Pagi tadi lepas amek history dari 1st patient ktorng ( chest pain) , hajat dihati nak amek history lagi. Yela sementara ada masa lagi ktorang pun dok merayau2 kat wad. Then ktorng masuk la 1 bilik 2. Ada 4 patients kat situ.
So ktorng jumpalah 1 patient nie. Muda, baru belasan tahun ..
( Syu muskilah ra-isiyah dakholat ilal mustashfa???) ---> Apa masalah utama yg menyebabkan ko masuk hosp???
Hurrrmmmm drug poisoning. Pastu dari jauh aku perhatikan la sorang makcik nie. Masa tu dia tengah dok amek temperature. Senyum je dari jauh. So ktorang g la jumpa makcik yang senyum2 nie. Ktorang tak amek history pun. Saje borak2 kosong.
Pagi2 dah dapat tazkirah dari makcik 2.. Beria2 dia bercakap. Comel je ^^ . Pastu dia cerita la pasal saket dia.. Before dia masuk hosp 2.. dia rasa jantung berdegup sangat laju. (Palpitation)
Dia letak tangan kat dada dia then dia cakap ( uskud..uskud..uskud..) ---> diam3. Tergelak ktorng dengar dia cerita. Macam2 ragam patient ktorang. =D
Abes borak dengan makcik 2 ktorng terserempak dengan patient lama ktorng. Aritu aku dok bentang kes dia depan doctor. And tengok dia buat endoscopy(insert tru esophagus) and colonoscopy(insert tru rectum). Tuhan je la tau saketyer cam mana. Doctor dah diagnose dia ada celiac disease. Ceria je tengok muka dia tadi sebab dapat keluar hosp dah.. Lama gak dia kena tahan kat wad. Semoga patient2 aku cepat sembuh.
p/s = Semoga hari esok lebih baek daripada hari ini ;)
Semut Hitam

Kisah 1
Dulu masa kecik kecik aku suka selamatkan semut hitam yang lemas dalam air kolah. Kalau semut tu baru je lemas, sempatla diselamatkan. Tapi kalau dah lama sangat dia berendam dalam air tu, confirmla mati kan. Jadi aku hanya mampu mengangkat mayatnya yang dah terkulai layu sambil berkata, "Kalau lah kau bertahan lama sikit."
Kisah 2
Rumah aku terletak kat kawasan rendah, jadi memang selalu sangat banjir. Kadang kadang banjir sampai buku lali je, kadang kadang sampai lutut, kadang kadang sampai pinggang dan kalau ada rezeki lebih sikit boleh sampai ayah aku pun tenggelam.
Selalunya sebelum banjir besar, akan ada beberapa petanda. Salah satunya, semut hitam akan berderet deret keluar untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi dengan membawa bersama telurnya. Bila nampak je sang semut bekerja keras untuk berpindah randah, kami pun akan mula mempersiapkan mental dan fizikal untuk menerima kedatangan banjir besar.
Di samping mempersiapkan mental dan fizikal, aku akan mengusik semut semut hitam itu. Bukan mengusik dalam erti kata mengejek atau memperli, diorang bukan faham pun. Tapi aku akan menggertak mereka dengan jari lantas membawa lari telur berwarna putih yang sedang mereka kendong.
Beberapa saat kemudian, aku akan memulangkan telur itu semula. Peliknya, semut hitam itu buat bodoh je. Dia tak pandang pun telur yang aku pulangkan tu. Fed up betul.
Satu hari, ketika aku sedang melakukan aktiviti yang sama, ibu tiba tiba berkata, "Semut tak mau dah telur dia yang manusia pegang. Dia takut nanti anak dia ikut macam perangai manusia."
Fuh! Patutla dia buat bodoh je. Ada ke patut manusia dihina sebegitu rupa? Terkilan aku dengan semut. Teruk sangat ke perangai manusia sampaikan semut yang kecik dan takde akal tu sanggup buang anak demi bencikan perangai manusia?
Tiba tiba aku teringat semut semut yang aku selamatkan dari kolah dulu. Siap pegang dengan tangan kot. Oohh, pasti mereka bencikan aku. Pasti mereka dibuang negeri sebab telah disentuh oleh manusia. Kesiannya. Takpe takpe, lepas ni aku selamatkan dengan menggunakan gayung pulak. No more touching touching.
Walaupun ia hanyalah sekadar teori ibu dan eksperimen aku (yang berkemungkinan besar ada banyak ralat paralaks), aku masih terfikir fikir perangai manusia yang mana yang semut tak suka.
Pemalas?
Sombong?
Bertangguh?
Dengki?
Bodoh?
Entahlah. Tapi yang paling logik pemalas kot. Ye lah, semut kan sinonim dengan rajin. Nanti kalau anak dia jadi pemalas macam manusia tentu habis pupus spesis semut sebab semuanya mati lemas. Mati lemas sebab malas nak pindah randah. Oh mungkin mungkin.
Rindu pulak pada semut semut hitam itu. InsyaAllah kalau aku balik Malaysia Ogos ni dapatlah berjumpa dengan mereka lagi. Semoga pertemuan itu nanti bukanlah disebabkan banjir besar yang akan melanda tapi biarlah sekadar terserempak sahaja (bukan sebab aku tak larat nak basuh rumah, tapi sebab malaslah nak basuh rumah. oh manusia yang pemalas).
Iman Semut
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!
-LOL-
Malunya Saya
Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je.
Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"
Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.
******************************************************************************************************************
Saya Kenal Awak
Sepasang suami isteri yang agak sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway..mereka di tahan polis...ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut...
Polis:..Puan...Puan tahukah...bahwe Puan memandu melebihi had kelajuan...
Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata...
Isteri:Bang....polis tu cakap ape?..
Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri...isterinya mengalami kekurangan pendengaran...maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.
Suami:Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!
Polis:..Puan mintak lesen memandu...
Si isteri sekali lagi memandang suaminya...
Isteri:..Dia kata ape bang...
Sekali lagi si suami menjerit...
Suami:DIA MINTAK LESEN KAMU!!!
Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut...Lalu polis itu berkata...
Polis:ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [...saya dulu-dulu mase mude2 dekat situ saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yg penah sye nampak...
Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya...
Isteri:Apebende die kate bang...
Dan si suami menjerit berkata....
Suami: DIA KENAL KAMU!!!!
***********************************************************************************************************
Atan dan Cikgunya
Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?
Atan: Tujuh ..cikgu..
Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?
Atan: Tujuh.....
Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?
Atan: Enam..cikgu..
Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?
Atan: Tujuh la...
Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]
Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..
Cikgu:????...
******************************************************************************************************************
Lemah BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain.
*************************************************************************************************************************
Tips2 untuk cover malu
Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu.
a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.
b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
c. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.
d. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.
Tuesday, March 2, 2010
Laugh It Up For Your Heart
Today we have no class.. =D
so bersantai2 la kami kat rumah awal arini heee XD
Mahfuzah : " Waaa sangat epi ok dapat balik sejam awal before azan Zohor."
(hahaha~ selaluyer ktorng balik mesti after azan..so arini cipta rekod baru la^^)
Semalam aku xde idea nak tulis ape..
Now baru ada... ;)
****************************************************************************************************
LAUGH
Hahahahahahaaha~!!!!!!
LAUGH
Hehehhhehehehe~!!!!!!
LAUGH
Huahauhauahaha~!!!!!

Do you laugh????
No??
Oh God~
Do please laugh people~ !!!!!!!!
"Women laugh 7x more than men and they live 7 years longer"
Do you know why??????
ngeh3....ngeh3....ngeh3...
Definitely I would say ....
LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE
OK2... Now lets see the BENEFITS of LAUGHTER
- Laughter relaxes the whole body. A good, hearty laugh relieves physical tension and stress, leaving your muscles relaxed for up to 45 minutes after.
- Laughter boosts the immune system. Laughter decreases stress hormones and increases immune cells and infection-fighting antibodies, thus improving your resistance to disease.
- Laughter triggers the release of endorphins, the body’s natural feel-good chemicals. Endorphins promote an overall sense of well-being and can even temporarily relieve pain.
- Laughter protects the heart. Laughter improves the function of blood vessels and increases blood flow, which can help protect you against a heart attack and other cardiovascular problem
- Laughter dissolves distressing emotions. You can’t feel anxious, angry, or sad when you’re laughing.
- Laughter helps you relax and recharge. It reduces stress and increases energy, enabling you to stay focused and accomplish more.
- Humor shifts perspective, allowing you to see situations in a more realistic, less threatening light. A humorous perspective creates psychological distance, which can help you avoid feeling overwhelmed.
Social Health Benefits :
- Be more spontaneous. Humor gets you out of your head and away from your troubles.
- Let go of defensiveness. Laughter helps you forget judgments, criticisms, and doubts.
- Release inhibitions. Your fear of holding back and holding on are set aside.
- Express your true feelings. Deeply felt emotions are allowed to rise to the surface.
Why aren't you people laugh????????
If you are not a humorous person..
Come on~!!!!!
Do change..
Don't make your life dull and lonely.
^__________^
Ok?????
Peace ~!!!!!!!!

