Thursday, March 11, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Penyaket ' M '

saya BOSAN tapi saya kena STUDY


EXAM nak DEKAT .. tak sampai 2 weeks..


NOTES masih lagi MENGUNUNG.


tersusun rapi kemas TANPA BERWARNA


PENYAKET saya -----> NOTES KENA BERWARNA WALAU APE JUA KEADAAN


buku FOCUS HISTORY masih lagi BERSIH tanpa secalit pen


jam sudah dok TIK-TOK tapi study TAK GERAK2


selamat lah study kepada MEMBER2KU




*********************************************************************************************



tak lupa juga pada member saya CEK EPIN a.k.a INCIK ABU


EPI BUPDAY yang ke-22


selamat datang ke alam semakin tua ini


semoga PANJANG UMUR dan di MURAHKAN REZEKI. amiinnnn~






p/s = song of the day -----> KU BUKAN AKU ( TILU )

Monday, March 8, 2010

Lizard Tale

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.





Rasa yer banyak perngajaran korang leh dpt dari cite nie. Kalau ikatan sayang itu kuat jauh mana korang pun Insyaallah tak akan terlerai. Senang cita aku bagi korang daripada sudut family and friends . Korang memang a jauh berbatu daripada diorang tapi itu bukanlah alasan untuk korang lost contact a. Dengan dunia serba canggih sekarang nie senang je nk dok mengontek2.. heee =D ..Haaa satu lagi jangan dok tggu parents yang cari kite..senang2 2 g lah msg yek…;).



JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!




p/s = song of the day ---> Cun Saja ^^


Sahabat

Dua orang sahabat baik sedang mengembara di sebuah padang pasir yang sangat luas saujana mata memandang. Di tengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit salah faham antara mereka yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan amarah, seorang itu telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul tadi mengambil ranting kayu dan menulis di pasir:

"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama sehingga sampai ke sebuah lembah subur. Di lembah tersebut, ada sebuah tasik yang mempunyai air yang sangat dingin dan menyegarkan. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba dia gagal mengawal diri dan mula lemas di dalam tasik itu.

Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu yang tertulis.

"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."

Sahabat itu bertanya, "Tadi, sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?''

Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin sebaliknya aku memahat pada batu supaya aku dapat mengingatinya sehingga bila-bila...."



"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

Thursday, March 4, 2010

Cerita Aku



Tadi aku dok borak dengan osmate aku. Lepak borak3 kosong. Tiba-tiba terbuka cerita pasal friendship . Kalau nak difikirkan tak payah bercerita pasal nie pun takpe. Sebab benda nie sangat general nak kita kupaskan.


Hurrrm....Bila bercakap pasal kehidupan berkawan nie..adatlah ada yang manis dan pahit ;) . Aku pun lagi 2 years kat sini.. Macam mana lah kalau dah abes blaja nnti.. sangat payah lah nak jumpa member. Even sekarang pun member2 baek aku yang kat oversea pun dah bertahun xjumpa.. Sampai wedding dia pun aku xboleh nak datang ;( ..


2 tahun kejap je berlalu. Pejam celik tibe2 dah 6th year.. Mesti berat ati nak tinggal Jordan nie.
Sekarang nie pun aku dah rasa 4th year cepat gle berlalu... Tup3 nanti tengok masing3 dah dok anto wedding card masing3 . Kalau yang dekat boleh la gak datang kije kawen tapi kalau yang jauh.. Ntah3 send regard je. ( Tapi insyaallah untuk korang aku try datang gak =D ) .




May be ada certain orang boleh idop tanpa kawan.. tapi bukan untuk aku. Dan untuk kita betul2 memahami kawan pun mengambil masa yang panjang. Setiap orang 2 ada kelemahan masing. May be dengan kelemahan dia 2 agak payah nak masuk paler dengan kita. Dan kadang3 menjadi punca pergaduhan.. Errmmm ~ maybe betul ape kata senior aku.. ada baek yer jika kita terima kelemahan dia 2.. so dua2 belah pihak takdelah bermasam muka.. yek x???? May be kita tak nampak lagi sudut baek dia..


Huuurrrrmmmm~ kata2 osmate aku buat aku terfikir. Sampai bila nak macam nie.. Umur masing dah meningkat dewasa. Sepatutnya berfikiran matang ( tapi aku mmg la xmatang + selalu tak pk jauh..) ... Moga3 satu hari nanti aku berubah heeee ;)


TQ laaaa sebab selalu ada time aku perlukan korang. 24 jam dok kaco korang. ^^



MY BEST BUDDIES

























p/s = "Treat your friends like your pictures and put them in your best light"

(maapla aku dok curi pic korang yek ^^)