Dua orang sahabat baik sedang mengembara di sebuah padang pasir yang sangat luas saujana mata memandang. Di tengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit salah faham antara mereka yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan amarah, seorang itu telah memukul sahabatnya.
Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul tadi mengambil ranting kayu dan menulis di pasir:
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."
Kemudian, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama sehingga sampai ke sebuah lembah subur. Di lembah tersebut, ada sebuah tasik yang mempunyai air yang sangat dingin dan menyegarkan. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba dia gagal mengawal diri dan mula lemas di dalam tasik itu.
Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu yang tertulis.
"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."
Sahabat itu bertanya, "Tadi, sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?''
Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin sebaliknya aku memahat pada batu supaya aku dapat mengingatinya sehingga bila-bila...."
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sedeh yer cte sahabat ko nie =(
Post a Comment