Wednesday, March 3, 2010

-LOL-



Malunya Saya



Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je.


Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!


"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"



Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.




MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.



******************************************************************************************************************



Saya Kenal Awak


Sepasang suami isteri yang agak sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway..mereka di tahan polis...ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut...

Polis:..Puan...Puan tahukah...bahwe Puan memandu melebihi had kelajuan...

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata...

Isteri:Bang....polis tu cakap ape?..

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri...isterinya mengalami kekurangan pendengaran...maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.

Suami:Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!

Polis:..Puan mintak lesen memandu...

Si isteri sekali lagi memandang suaminya...

Isteri:..Dia kata ape bang...

Sekali lagi si suami menjerit...

Suami:DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut...Lalu polis itu berkata...

Polis:ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [...saya dulu-dulu mase mude2 dekat situ saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yg penah sye nampak...

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya...

Isteri:Apebende die kate bang...

Dan si suami menjerit berkata....

Suami: DIA KENAL KAMU!!!!




***********************************************************************************************************



Atan dan Cikgunya


Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????...



******************************************************************************************************************


Lemah BI


Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan



*************************************************************************************************************************


Tips2 untuk cover malu




Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu.

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

d. Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.





p/s = "Sila bersopan dalam ruangan blog anda. Anda mungkin diperhatikan "




2 comments:

fruity_loops said...

hahaha aku paling suke tips cover malu yg 1st tu. buat2 sawan XD

corn_flakes said...

hahahaha...bole la ko praktik pasni..
seyes a ..org xleh detect ko tdo hahaha~