Wednesday, March 3, 2010

Semut Hitam


Kisah 1
Dulu masa kecik kecik aku suka selamatkan semut hitam yang lemas dalam air kolah. Kalau semut tu baru je lemas, sempatla diselamatkan. Tapi kalau dah lama sangat dia berendam dalam air tu, confirmla mati kan. Jadi aku hanya mampu mengangkat mayatnya yang dah terkulai layu sambil berkata, "Kalau lah kau bertahan lama sikit."


Kisah 2
Rumah aku terletak kat kawasan rendah, jadi memang selalu sangat banjir. Kadang kadang banjir sampai buku lali je, kadang kadang sampai lutut, kadang kadang sampai pinggang dan kalau ada rezeki lebih sikit boleh sampai ayah aku pun tenggelam.

Selalunya sebelum banjir besar, akan ada beberapa petanda. Salah satunya, semut hitam akan berderet deret keluar untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi dengan membawa bersama telurnya. Bila nampak je sang semut bekerja keras untuk berpindah randah, kami pun akan mula mempersiapkan mental dan fizikal untuk menerima kedatangan banjir besar.

Di samping mempersiapkan mental dan fizikal, aku akan mengusik semut semut hitam itu. Bukan mengusik dalam erti kata mengejek atau memperli, diorang bukan faham pun. Tapi aku akan menggertak mereka dengan jari lantas membawa lari telur berwarna putih yang sedang mereka kendong.

Beberapa saat kemudian, aku akan memulangkan telur itu semula. Peliknya, semut hitam itu buat bodoh je. Dia tak pandang pun telur yang aku pulangkan tu. Fed up betul.

Satu hari, ketika aku sedang melakukan aktiviti yang sama, ibu tiba tiba berkata, "Semut tak mau dah telur dia yang manusia pegang. Dia takut nanti anak dia ikut macam perangai manusia."

Fuh! Patutla dia buat bodoh je. Ada ke patut manusia dihina sebegitu rupa? Terkilan aku dengan semut. Teruk sangat ke perangai manusia sampaikan semut yang kecik dan takde akal tu sanggup buang anak demi bencikan perangai manusia?

Tiba tiba aku teringat semut semut yang aku selamatkan dari kolah dulu. Siap pegang dengan tangan kot. Oohh, pasti mereka bencikan aku. Pasti mereka dibuang negeri sebab telah disentuh oleh manusia. Kesiannya. Takpe takpe, lepas ni aku selamatkan dengan menggunakan gayung pulak. No more touching touching.

Walaupun ia hanyalah sekadar teori ibu dan eksperimen aku (yang berkemungkinan besar ada banyak ralat paralaks), aku masih terfikir fikir perangai manusia yang mana yang semut tak suka.

Pemalas?
Sombong?
Bertangguh?
Dengki?
Bodoh?

Entahlah. Tapi yang paling logik pemalas kot. Ye lah, semut kan sinonim dengan rajin. Nanti kalau anak dia jadi pemalas macam manusia tentu habis pupus spesis semut sebab semuanya mati lemas. Mati lemas sebab malas nak pindah randah. Oh mungkin mungkin.

Rindu pulak pada semut semut hitam itu. InsyaAllah kalau aku balik Malaysia Ogos ni dapatlah berjumpa dengan mereka lagi. Semoga pertemuan itu nanti bukanlah disebabkan banjir besar yang akan melanda tapi biarlah sekadar terserempak sahaja (bukan sebab aku tak larat nak basuh rumah, tapi sebab malaslah nak basuh rumah. oh manusia yang pemalas).


Iman Semut
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!

3 comments:

corn_flakes said...

I like it.. semoga kepulangan ko thn nie menjadi insan y lbh baek..bukan si pembuli yang MALAS.

nnt bole la sama2 kte tgk semut itam itu..andaikata jadi ke tmpat kau..

fruity_loops said...

oh sile sile datang tempat aku.
tapi kesiannye korang kalau banjir XD

honey_stars said...

xpe..dah lme xrse bnjir. haha. yeyey xsabar nk balek!