Wednesday, December 1, 2010

Turkey II (Part III)

Sesampainya di rumah selepas berjalan ke Mount Nemrut dan kawasan-kawasan di sekitarnya, kami bertemu dengan ipar serta anak saudara Encik Ilhan. Sementara menunggu Encik Ilhan menunaikan solat, kami cuba untuk berbual-bual.

Bahasa Turki yang aku tahu hanyalah tesekkur (terima kasih), ne (apa) dan nerede (di mana). Macam mana nak berbual hanya dengan tiga perkataan. Demi meraikan mereka, buku Lonely Planet Turkey yang dibawa sebagai rujukan diselak- selak mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.

Setelah beberapa patah perkataan Turki diucap bercampur dengan regu serba sedikit, barulah kami tahu nama, tempat tinggal dan pekerjaan mereka berdua.

Kemudian makanan dijamu. Nasi yang diisi dalam kubis, cili dan terung. Disebabkan dah lama tak jumpa nasi, memang melantak habis-habisan malam tu.

Setelah itu, kopi pula dihidang. Kami minum sambil menonton video perkahwinan Encik Ilhan serta berbual-bual panjang. Dalam perbualan itu sempat Encik Ilhan mengingatkan kami tentang beberapa peringatan dari Alquran.

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Wal 'Asr
Innal insaana lafee khusr
Illal ladhenna aamannu
Wa 'amilus saalihaati wa tawaasau bilhaqq
Wa tawaasau bis sabr


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

By time,

Indeed, mankind is in loss,

Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.


Tersentuh. Bukan tak pernah dengar atau baca surah ni. Tapi tak cukup menghayati barangkali.

Sang Pencipta bersumpah demi masa bahawa seluruh ciptaanNya berada dalam kerugian, dan hanya empat golongan ini yang terkecuali:

  1. Orang yang beriman
  2. Orang yang beramal soleh
  3. Orang yang memberi peringatan kepada kebenaran
  4. Orang yang memberi peringatan kepada kesabaran

Muhasabah.

Tergolongkah kita dalam sekurang-kurang satu dari empat yang di atas?

____________________________________________________________________

Malam tu jugak kami dapat tahu bahawa semua tiket ke Konya atau ke Adana dah habis. Semua mahu pulang kembali ke rumah masing-masing sesudah cuti berhari raya agaknya.

Maka, terpaksalah mengubah rancangan perjalanan. Kecewa tak dapat ke Konya jangan kata la. Tapi tiada siapa yang lebih tahu apa yang terbaik melainkan Dia. Mungkin ada rancangan yang lebih baik untuk kami tempuhi.

Redha.

(to be continue, kalau rajin..)


P/s: Berkahwinlah atas dasar rasional, bukan emosional. Tanggungjawab lebih penting dari rasa suka yang bila-bila masa saja boleh tiada.

3 comments:

corn_flakes said...

patut la saket paler..gle detail cte ko..

fruity_loops said...

apesal ko baru bace? haha. mesti la detail. aku kan perfectionist! XDXD

corn_flakes said...

perfection is a disease..