Monday, February 15, 2010

Bukan Kisah Aku I

“Pak Karim tu kawan baik ayah. Kami dah berkawan sejak dari zaman ayah masih main kejar-kejar lagi,” kata ayah sambil memandang Pak Karim yang sedang tekun mencuci kereta.

“Oh begitu,” balasku sepatah dua. Dalam hati, aku begitu mengagumi persahabatan ayah dan Pak Karim. Patutlah ayah bertegas mahu Pak Karim mengikut kami ke sini.

“Karimm! Marilah minum sekali,” laung ayah sambil mengangkat cawannya. Aku yang sedang duduk di sebelah ayah turut melambai-lambai Pak Karim, mengajak minum petang bersama.

“Tak apalah Amin. Aku nak habiskan kerja aku dulu. Lagi sikit ni ha,” Pak Karim menolak penuh adab. Kami senyum.

Petang itu sungguh nyaman. Bayu yang bertiup lembut membawa udara sejuk yang sampai ke tulang rasanya. Aku dan ayah menjamah kepingan biskut Tutku bersama secawan Milo panas dengan penuh selera. Sambil itu, kami berbual-bual tentang segala hal. Bermula dari hal-hal di pejabat ayah atau di universiti aku, sehinggalah ke isu-isu dunia. Hampir kesemuanya kami kupas. Beginilah rutin kami setiap petang.

Ibu serta ahli keluargaku yang lain akan menikmati minum petang di ruang makan sahaja. Di luar ni sejuk kata mereka. Tambahan pula, musim sejuk masih belum betul-betul berakhir lagi.

“Vroomm!! Vroomm!!”

Sebuah kereta Mercedes berwarna hitam meluncur deras memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik ayah. Kelihatan seorang gadis keluar dari kereta tersebut dan menuju ke arah kami.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam,” aku dan ayah menjawab serentak.

“Kamu ni tak boleh ke bawak kereta tu perlahan sikit? Kalau ayah ada sakit jantung ni dah lama masuk hospital tau. Nanti kamu juga yang susah,” bebel ayah.

“Alaa ayah ni. Along tak sengaja tadi. Terlebih tekan minyak. Hehe,” jawab along sambil tersengih-sengih. Dah macam kerang busuk aku tengok.

“Pandailah kamu bagi alasan. Kenapa tak suruh Pak Karim je yang ambil kamu dari pejabat tu. Ayah bukannya tak nak bagi kamu memandu, tapi kat negara Arab ni, ayah tak berapa yakin la. Pemandu kat sini dah macam mat rempit semuanya. Bahaya,” kata ayah sambil mengerutkan keningnya. Risau benar ayah.

“Ayah janganla risau sangat. Along kan dah besar,” jawab along ringkas.

“Haah along memang besar pun ayah. Tengok tu lemak dah penuh keliling pinggang. Hahaha,” aku menyampuk sambil ketawa sekuat hati. Seronok rasanya dapat mengenakan along.

“Apa kau cakap?? Haa mari sini nak tunjuk kat mana yang ada lemak,” kata along sambil mencubit-cubit perut aku.

“Adoii! Sakitlaa along! Sakitlaa!” jerit aku. “Ok ok. Along la yang paling kurus dalam dunia. Paling cun serata alam,” aku terus mengampu.

“Haa tahu pun,” muka along bangga.

“Sudah-sudah. Jom masuk, dah nak maghrib ni,” ayah mengajak.

Kami akur pada arahan ayah. Bersama-sama, kami bangun dan menuju masuk ke rumah.

Tiba-tiba, aku rasa bulu roma aku meremang. Ibu pernah cakap, kalau ada rasa sebegitu bermungkinan ada orang yang sedang memerhatikan kita tanpa kita sedari. Aku lantas menoleh ke belakang. Mana tahu kalau-kalau ada jejaka kacak sedang mengintai, boleh aku rekomenkan pada kakak-kakak aku. Tapi, tiada apa yang aku nampak. Hanya kelibat Pak Karim yang sedang mengemas perkakas membasuh kereta. Kerjanya sudah selesai barangkali.

Ah abaikan. Aku pun berlari-lari anak mendapatkan ayah dan along yang sudah beberapa tapak di hadapan.


"Aku harap bahagia ini untuk selamanya"


(insyaAllah bersambung...)

Mohon sesaat berangan.

4 comments:

honey_stars said...

hhahahahahaha! die dah mule dah. die dah muke dahhh. jgn lupe suh pak karim jemput i dinner! ;p

fruity_loops said...

ok esok kita dinner kt spelunca hotel. kebetulan ayah i ada meeting kat situ. dress pinjam i je ok. ahhh seronoknya hidup mcm ni XD

corn_flakes said...

ooo goshh..xsabar nk tggu ur next cte..haaa..esk xyah la naek taxi..suh pak karim amek k..

fruity_loops said...

orait esok kalo ade teksi stop jgn naik. tggu sampai mercedes hitam smpai ok XD