Tuesday, February 23, 2010

Bukan Kisah Aku II

“Maafkan pakcik sebab terlambat. Jalan sesak tadi,” kata Pak Karim sebaik sahaja aku melabuhkan buntut di tempat duduk belakang kereta.

“Takpe lah Pak Karim. Kelas pun habis lambat tadi. Saya baru je keluar ni,” jawabku sambil menutup pintu kereta. Kelas aku bermula pada jam 3 petang dan tamat pada jam 5 petang setiap hari. Tetapi hari ini kami dilepaskan lewat setengah jam. Semuanya gara-gara masalah ponteng yang semakin dahsyat. Doktor pengajar terpaksa mengambil kehadiran berulang kali untuk memastikan tiada pelajar yang menipu. Mana taknya, terdapat pelajar yang menandatangani kertas kehadiran dan kemudiannya terus pulang. Bukan seorang dua, tetapi ramai yang bertindak sedemikian. Bagi aku, hal ini memang cukup memalukan. Apatah lagi ia dilakukan oleh mereka yang bakal bergelar doktor dalam masa dua ke tiga tahun lagi. Jika sikap suka berbohong sebegini sudah menjadi tabiat, bagaimana pesakit hendak mempercayai para doktor kelak?

You will always gonna be my love...,” tiba-tiba lagu First Love nyanyian Utada Hikaru berbunyi dari telefon bimbitku menandakan ada panggilan masuk.

Aku menekan butang ‘Receive’ dan menjawab panggilan tersebut, “Waalaikumussalam. Ha kenapa? Oh boleh boleh. Tunggu kat pintu gerbang hospital okay. Bye.

“Pak Karim, kawan saya nak tumpang balik sekali. Pak Karim pusing je kat roundabout depan tu ye,” arahku pada Pak Karim sebaik sahaja panggilan tadi tamat. Mujur kami masih belum jauh dari perkarangan hospital.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu gerbang hospital, Pak Karim memberhentikan kereta. Sudah tidak ramai manusia yang berada di situ. Mungkin masing-masing sudah pulang. Kelihatan dua orang perempuan Melayu sedang leka berbual. Sampai terhinjut-hinjut bahu mereka ketawa. Pasti ada sesuatu yang mencuit hati. Aku membuka cermin tingkap kereta dan melaung, “Puteri! Wani! Seronoknye berborak. Tak mahu balik ke?”

Mereka menoleh serentak dan bergegas ke arah aku. “Eh mestilah kitorang nak balik. Tak mahulah tidur kat hospital ni. Takutt!” kata Puteri sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.

“Tahu pun takut. Nampak tadi macam dah seronok duduk kat hospital ni,” aku sengaja menghangatkan lagi keadaan. Memang seronok menyakat orang.

“Memang seronok. Tapi takut orang rumah risau. Jadi kenalah balik juga,” Wani mula bersuara. Lantang mereka membalas sakatan aku.

Belum sempat aku membalas kembali, Pak Karim pula bersuara, “Haha macam-macamlah korang ni. Sudah-sudah jangan bertekak lagi, nanti Pak Karim join sekaki, korang juga yang menyesal.”

Kami ketawa terbahak-bahak.

“Pak Karim, maaflah menyusahkan. Bas dah takde tadi. Teksi pun dah takde. Kami tak tahu nak balik macam mana lagi,” kata Wani.

“Eh takpe. Dah memang kerja pakcik. Lagipun rumah kamu berdua memang satu jalan pun,” jawab Pak Karim sambil tersenyum. Sepanjang perjalanan pulang, aku, Wani dan Puteri berbual-bual tentang pelbagai perkara. Sekali-sekala Pak Karim akan menyampuk perbualan kami. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam itu terasa sekejap sahaja. Biasalah perempuan, kalau sudah berborak, 24 jam pun belum tentu cukup.

Setelah menghantar Puteri dan Wani ke rumah masing-masing, kami menuju ke rumah. Tiba-tiba Pak Karim bertanya, “Kamu tahu tak dunia ni sangat kejam sebenarnya?”

Aku berasa sangat pelik dengan soalan Pak Karim. Mungkin dia ingin berfalsafah serba sedikit. Aku pun menjawab sekadarnya, “Tahu. Tengok berita je cukuplah. Manusia dianiaya secara terang-terangan. Tanah dan harta dirampas tapi mereka tiada daya nak melawan. Yang lemah ditindas, yang kuat menindas. Kejam.”

“Dari berita je tak cukup. Hanya orang yang pernah merasai kekejaman dunia je akan sentiasa beringat,” jawab Pak Karim perlahan. Aku semakin tidak faham.

“Maksudnya?” tanyaku.

“Satu hari nanti kamu akan faham,” kata Pak Karim. Dari cermin sisi kereta, aku lihat Pak Karim tersenyum kelat. Tiba-tiba terasa berdebar pula. Kata-kata Pak Karim itu seolah-olah sedang memberi amaran. Amaran apa aku tidak tahu. Ah, aku memang suka fikir yang bukan-bukan. Mungkin kerana banyak sangat menonton movie.

Niat aku untuk bertanya dengan lebih lanjut lagi terbantut apabila kereta yang dipandu Pak Karim dimatikan enjinnya. Sudah sampai di rumah rupanya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Pak Karim, aku bergegas menuju masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum!” laungku dari pintu apabila ternampak kelibat ibu di ruang makan.

“Waalaikumussalam,” jawab ibu lembut. Ibu sedang menghidang makanan untuk makan malam. Pasti ibu sudah selesai memasak. Begitulah rutin ibu setiap hari. Walaupun kami mempunyai orang gaji dari Indonesia, ibu tetap mahu memasak dan menghidang makanan untuk keluarganya sendiri. Orang gaji tersebut diberikan kerja-kerja sampingan yang lain seperti mencuci pakaian atau mengemas rumah. Untung ayah dapat isteri seperti ibu, untung juga aku dapat ibu seperti ibu.

“Lambat balik hari ni. Pergi mana-mana ke tadi?” tanya ibu.

“Eh takdelah ibu. Kelas habis lambat sikit,” jawabku ringkas.

“Oh,” balas ibu sambil menyusun pinggan di atas meja.

“Mana asu dan awang? Dah balik ke?” aku bertanya tentang dua orang adikku kepada ibu.

“Dah. Ada kat atas tu ha. Main game kot. Ibu suruh buat homework awal-awal tak mahu. Game tu lagi penting kot. Nanti malam-malam baru nak kacau orang tidur. Tak faham itulah, tak faham inilah. Kalau buat awal-awal kan senang,” bebel ibu. Aku pula yang kena. Tapi memang benar kata ibu. Kadang-kadang aku yang jadi mangsa. Dah nak dekat pukul 1 pagi baru nak tanya itulah, nak tanya inilah.

“Hahaha. Alang naik atas dulu ye ibu,” aku meminta izin.

“Cepat sikit siap. Jangan pergi join adik-adik main game pula. Suruh diorang mandi dan solat sekali. Nanti turun makan sama-sama,” arah ibu panjang lebar.

Okay bos!” balasku sambil berlari-lari menaiki anak tangga.


(insyaAllah bersambung...)

Mohon sesaat berangan.


p/s: saya tak suka kumbang #_#

4 comments:

corn_flakes said...

Bila si hero menyelamatkan si heroin yang diserang cek kumbang..
hahahahaha~..

Ternyata kejadian itu menyebabkan si hero malu lantas mengambil taxi ditempat len..manakala si heroin tersipu kebunga-bungaan..
Omg..lawak gle~

kawan kepada si heroin pula diserang cek -T di dapurnya..hajat dihati mahu memasak terbantut. Cek ayam didapur terkapai- kapai di dalam sinki.muNGkinkah telah diserang oleh cek -T???
Malang baginya tiada hero untuk dipanggil..

fruity_loops said...

hahaha!
maluuuuuuuuuuu gile! hishhhhh.
aku rela tidak diselamatkan T_T

kasihan pada ayam ayam itu. ditinggalkan tuan sendiri XD

kita tengok apabila lagi seorang ini diserang haiwan comel, adakah hero baginya?

corn_flakes said...

Jika yang lagi seorang ini diserang..rasanya tiada hero menghulurkan tangan.

Payah untuk kita bertemu dengan hero yang begitu COOL menyelamatkan heroinnya seperti kejadian cek kumbang.

Mr Hero hanya datang dengan bertnya..
WHAT???? WHAT???? WHAT???

Bersyukur la anda kerana dia hero kamu..tapi jika orang laen.mungkin anda sudah dibiarkan mengumbangkan diri..dan digelak-gelakkan ...
hahaha =D

fruity_loops said...

aaaaaaaaaaaaaa sudah sudah. geli telinga aku mendengarnya (walopon membaca sbnrnya)
seharian suntuk aku menyesali apa yg terjadi. urghh!

yang seorang lagi itu perlu tunggu lama sikit, jauh katakan :P