Thursday, February 25, 2010

: Pertemuan dan Perpisahan :



Setiap pertemuan itu ada perpisahannya..
Cuma masa, tempat, dan bagaimana ia berlaku masih menjadi rahsia.
Jika benar ada perpisahan apa gunanya pertemuan???


Tapi dalam kehidupan ini kita tidak mampu untuk lari dari semua itu.
Itulah pertempuran yang harus kita hadapi.
Walaupun kadang kala kita terpaksa akur mengangkat kaki pergi.


Pertemuan itu hadir tanpa dirancang dan diminta.
Semuanya diatur oleh yang di atas..Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Pertemuan itu mungkin membahagiakan..
Dan mungkin menyeksakan.


Kenapa????
Kerana pertemuan itu terpaksa diakhiri..
Suara- suara hati mula memberontak tanda tidak puas ati.
Hati mula berbolak-balik..
Dan acapkali keluhan demi keluhan menyumbangkan telinga.


Ya benar,
Perpisahan itu memang menyakitkan.
Sering kali air mata menjadi teman.
Keindahan dan kebahagiaan yang dikecapi bersama bagaikan direntap dengan kejamnya.
Sakitnya bagaikan tertusuk dalam tidak terperi.


Tapi kita harus sedar.
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah.
Redhalah kita akan itu.
Hikmahnya pasti tersirat cuma tidak diketahui.


Janganlah kita gentar untuk menerima sebuah pertemuan lagi.
Kerana ia mungkin memberi corakan yang lebih indah.
Semoga bahagia bersama kita.
Aminnnnn~






1 comment:

Qam said...

salam alaik
best posting ni
ana nk mntk izin copy paste entry ni
^^
syukran