Pernah tak korang berasa marah mungkin sebab disakiti atau terasa hati???
Aku sendiri pun selalu terstuck dalam situasi macam nie..
Memang sangat payah untuk kita kawal perasaan marah.
Kalau tidak dibendung perasaan ini masak jawabnya.
Selalunya kalau aku marah sangat aku akan tidur..Bangun je tidur kuranglah marah tu. heee =)
Perasaan marah ini memang sifat semulajadi manusia.
Tercetusnya perasaan ini berpunca daripada keadaan yang tidak adil, difitnah , diperalat, dituduh bukan-bukan dan diancan kehilangan sesuatu yang berharga.
Aku tertarik pada satu artikel tentang tips hilangkan rasa marah.
So aku pun nak la share dengan korang.
Kot2 berkesan ^^
Cara-cara kita nak berhadapan dengan orang yang marah.
(Uisshhh korang toksah lah nak dok simbah2 minyak kat api yang marak yek. Kang ada lak yang rentung.)
- Beri peluang kepada orang yang marah itu untuk meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
- Ketika berhadapan dengan individu yang sedang marah jangan menyampuk
- Kaji punca kemarahan dan cuba atasi. Sekiranya punca kemarahan itu daripada kita maka minta maaflah dari dia.
- Cuba bertanyakan beberapa soalan untuk menyelesaikan masalahnya. Terimalah kemarahannya dengan tenang.
Cara mengatasi marah dalam ISLAM :-
- Mengubah posisi - Rasulullah SAW bersabda : " Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia berkedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
- Berwuduk - Rasulullah SAW bersabda : " Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila ada di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk . " (Hadis Riwayat Abi daud)
- Minum air
- Mendiamkan diri ketika marah
- Berlindung kepada Allah daripada syaitan
- Meluahkan perasaan dan masalah pada tempat dan masa yang sesuai
- Berfikiran positif
- Belajar menyampaikan marah secara positif dan terhormat. Mengelak daripada memekik atau bertindak garang
- Bawa bertenang seperti menarik nafas
- Senyum kerana senyum boleh meredakan tekanan
p/s = Banyak benda kita boleh ambil dari sini.. Moga2 kita boleh mengawal perasaan marah.
Senyum2 selalu yek =D ....
Do listen to this song.. Sweet^^ n layan~ Senyum Seindah Suria (cover)
2 comments:
along kalau da marah sgt, nangis je haha..
hahaha..along..kadang2 saya pon cmtu.
dah nanes2 pastu tido la =)
Post a Comment