Tuesday, February 23, 2010

:: Best Friend , Worst Enemy ::


Apa erti kawan ?

Jika asyik bermasam muka.

Apa erti kawan?

Jika asyik bertikam lidah.

Apa erti kawan?

Jika kejujuran dipertikaikan.

Apa erti kawan?

Jika dendam tertanam di jiwa.

Apa erti kawan?

Jika tiada rasa sayang.

Apa erti kawan?

Jika tiada belas kasihan.

Apa erti kawan?

Jika kebaikan tidak dinilai.


Tiada gunanya untuk aku menegakkan benang yang basah.

Tiada gunanya untuk aku menjelaskan semuanya.

Di hatimu penuh dengan kebencian yang tidak mungkin terlupus.

Di matamu hanya tergambar ukiran kejahatanku .

.

Aku keliru.

Aku buntu.

Aku mati akal.


Pelbagai persoalan menerjah dimindaku.

Namun tiada satu yang terjawab.

Apa pula kesalahan yang menyeksa kau untuk kali ini?

Bukankah kau juga yang melontarkan kata-kata pedas itu?

Kenapa aku pula dipersalahkan?

Aku hanya mendiamkan diri

Tapi kau seolah-olah menunding jari akulah pencetus masalah.


Setahun sudah berlalu..

Tapi kenapa kau memuntahkan kisah yang lama?

Kau menyuruh aku memilih.

Tapi tiada pilihan yang kau berikan.


.Bukankah kau menpunyai dia?

Bukankah kau bahagia dengan dia?

Bukankah dia lebih memahami kau?


Kehadiran aku tiada ertinya.

Ada atau tiadanya aku sama sahaja

Bahkan aku hanyalah racun yang membunuh kau..

Membunuh secara senyap tanpa tinggalan kesan.


Kau terseksa.

Aku juga terseka.

Orang sekeliling juga terseksa.


Kini aku sedar bahawa antara aku dan kau tiada pengakhirannya.

Selagi rasa benci tersemat di hati tiada harapan untuk kau dan aku berbaik

Permusuhan antara kau dan aku kian menjadi-jadi.

Perpisahan adalah jalan yang terbaik.


Pertemuan semalam,

manisnya bagaikan madu yang diteguk

Aku dan kau bagaikan satu.


Pertemuan hari ini,

Terasa madunya kian surut;

Entahlah..

Aku dan kau bagaikan langit dan bumi.


Pertemuan hari esok,

Makin sukar untuk aku ramalkan,

Mungkin kemanisan itu akan terus hilang

Biarlah masa yang menentukan…

.

No comments: