Sunday, February 21, 2010

Destiny of Life


Pernahkah anda dibelenggu dengan masalah membuat pilihan??? Pilihan yang mungkin mengubah kehidupan anda. Persoalan tentang pilihan hidup sentiasa menganggu benak pemikiran kita. Sebab memang telah tertulis bahawa kehidupan memerlukan untuk kita memilih.




Setiap pagi hari ketika kau bangun,
Kau mempunyai dua pilihan untuk hari ini.
Kau dapat memilih untuk berada dalam suasana yang baik atau,
Kau dapat memilih untuk berada dalam suasana yang buruk.
Dan tiap keadaan yang buruk itu,
Kau dapat memilih untuk menjadi korban keadaan itu atau,
Kau dapat memilih untuk belajar dari keadaan itu







Tuhan telah menetapkan takdir seseorang itu berbeza-beza. Dan tidak semua ape yang kita impikan, kita inginkan akan tercapai. Dalam hidup , bukan sahaja kita perlu menerima takdir itu dengan hati yang terbuka bahkan kita juga perlu menerima atau bertoleransi dengan takdir orang sekeliling. Walaupun bukan mudah untuk kita menerimanya tetapi yang pastinya setiap aturan dan acuan yang dibuat oleh-Nya tersirat hikmahnya. Tetapi tidak bermaksud kita hanya perlu berserah tanpa usaha. Berdoalah...Doa itu senjata untuk kita..Doa itu kekuatan kita. Selagi hayat dikandung badan teruskan lah berdoa. Semoga apa yang kita impikan dan idamkan tercapai..Amiinnnn~






Menyesali apa yang telah berlaku dan apa yang telah disiakan bukanlah langkah yang bijak. Penyesalan itu pengajaran. Kutiplah sisa-sisa kesilapan itu untuk dijadikan hamparan yang mampu membuka mata hati kita. Berubahlah menjadi insan yang lebih baik. Kekesalan itu tidak mampu mengembalikan atau memulihkan keadaan. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Tiada ertinya untuk kita meratapi dan menangisi apa yang telah berlaku.







"Destiny is no matter of chance.
It is a matter of choice.
It is not a thing to be waited for,
it is a thing to be achieved."



No comments: