Saturday, February 6, 2010

Pisau Cukur


Pisau cukur adalah sejenis pisau yang kerjanya mencukur. Warna atau bentuk tak penting, yang penting tajam atau tumpul. Pisau cukur juga ada dikaitkan dengan perempuan (boleh juga jadi lelaki) yang kerjanya mengikis duit lelaki (atau perempuan), terutamanya yang kaya raya dan berpangkat. Tak kiralah lelaki tu tua atau muda, gagah atau lembik, bergaya atau selekeh. Asalkan berduit, siaplah untuk dicukur.

Tak, aku bukanlah sejenis pisau cukur atau ketua kelab pembasmi pisau cukur. Cumanya, aku baru selesai menonton cerita Pisau Cukur arahan Bernard Chauly.


Ceritanya, memang tipikal Melayu bak kata sorang kawan aku ni. Tapi cerita macam ni la yang aku berkenan, rileks dan santai. Takde part sedih untuk ditangisi, takde part horror untuk digeruni. Takdelah degupan jantung aku turun naik. Jimat tenaga dan air mata.

Pisau Cukur mengisahkan tentang dua wanita, Intan dan Bella, yang ingin mengahwini lelaki kaya. Ops, setakat kaya je tak cukup, perlu juga ber'dato' atau ber'tan sri'. Tapi setelah melalui beberapa peristiwa, mereka akhirnya terpaksa akur bahawa suami kaya bukanlah segalanya. Malah mungkin menjadi penyebab derita.

Filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang aku kira mantap ni juga telah membuka cerita berkenaan keluarga Dato' Zack yang mempunyai tiga orang isteri dan dua orang anak. Mereka seringkali bergaduh dan berdendam sesama sendiri. Malah Dato' Zack telah dibunuh oleh ******** sendiri (takleh cakap, tak suspenla bagi yang tak tengok lagi).

Pada asalnya, aku fikir Aaron Aziz yang memegang watak sebagai Ari akan menjadi pelakon paling hot. Rupa-rupanya tidak. Watak Faqir yang dilakonkan oleh Redza Minhat adalah lebih hot lagi. Tak percaya? Tanyalah gadis-gadis yang telah menonton Pisau Cukur ni. Confirm mereka akan cakap "Faqir cute", "Faqir baik", "Faqir is the best" dan sebagainya (undeniably, I am one of them).

Faqir yang pada asalnya muncul sebagai peminat setia Bella dan yang aku sangkakan hanyalah watak sampingan sekadar untuk memanjangkan cerita, has turned out to be the best hero. Why? Rasanya, tidaklah sekacak mana, dahla bergigi besi. Tapi mungkin gaya serta sikap yang cool dan bersederhana telah memjadikan Faqir sebagai seorang yang sangat *****. Tak tahu nak guna perkataan apa. Takkan nak cakap hot lagi kot. Kembang pula si Faqir ni nanti.

Antara beberapa adegan dalam cerita ni:

"Saya nak jadi doktor cikgu"
"Mohamad Faiz?"
"Saya nak jadi polis cikgu"
"Bella?"
"Saya nak kahwin dengan Tan Sri cikgu"
"Itu bukan cita-cita Bella. Kalau tak dapat kahwin Tan Sri, macam mana kamu nak cari makan?"
"Kalau tak dapat Tan Sri, Dato' pun takpe"
"Hahahaha"
"Kelas!"


"Hmm pelik"
"Memang. Satu family pelik"
"No. Kak Naini. Nampak macam baru lepas menangis"
"Ah kalau ada suami macam tu, I pon hari-hari nangis"


"Hmm macam mana nak cakap ni. I cuma keluar dinner date dengan orang yang I boleh jadikan suami"
"Oh ok. So I ni tak boleh jadi calon suami?"
"Cuba fikir balik, pertama kali you tengok I kat mana?"
"Ermmm dalam 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?'"
"Exactly!"


"You stay here or balik tidur"
"Great! Saya ikut sekali. Thanks for inviting. You coming?"
"Tak faham Melayu eh?"


"Cantik gelang you"
"Eheheh, get it while you can"


"Bapak nak buktikan kat I yang Ed tu pisau cukur. So dia suruh detektif tu bayar 50 ribu ringgit kepada Ed untuk tinggalkan I. Tapi Ed tolak"
"Good for him. Lepas tu apa jadi?"
"Dia minta 100 ribu"


"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin kalau boleh bercinta dengan orang kaya?"
"Mana boleh control? Kalau hati you tak suke, boleh ke you pakse?"
"Mestilah boleh"


"Kalau you tak boleh nampak bodoh depan orang yang you sayang, depan siapa lagi?"
"You cakap I nampak bodoh?"
"Aahhh never mind!"


"Dato' request nak minyak cengkih ye"
"Cengkih mengkih. Takdee"
"What do you mean? Carilah"
"Kita ni atas kapal cik puan. Tapi takpelah ye, nanti saya suruh tukang urut saya tu tunggang penyu, pergi pulau, cari kedai mana-mana, beli minyak cengkih awak ok"


"Faqir"
"Yup?"
"Thanks for everything"
"Hey, demi masa depan anak-anak you kan"


"I dari kampung. I latih diri I sendiri supaya bila I jumpa orang kaya macam you, I boleh jadi perfect wife"
"Bella please"
"I belajar make up, dressing, etiquette, belajar bahasa Inggeris, I belajar berdiri, berjalan. I ingat I dah jadi pisau cukur yang cukup tajam. Tapi.."
"Tapi apa?"
"Walau macam mana pun I cuba, I tak boleh dengan lelaki semata-mata untuk duit dia"


"So you dah cakap bye bye kat Dato' tu, masa depan anak-anak you macam mana eh?"
"Satu hari nanti diorang akan faham. Lagipun kalau diorang tak hidup susah, diorang takkan hargai hidup senang kan?"


P/s: I love you all so strong XD

8 comments:

honey_stars said...

Oh my Gucci! u ni xdk kje eh? wat sinopsis movie kt sni? hahahahah! anyway nice. i pon suke lah cte nih. XD

fruity_loops said...

haha mmg xde kje kott. tp takpelah, demi nk puji2 faqir :D

corn_flakes said...

Omg...pengaruh cte y kuat babe..
pengarah cte nie terharu ad owg2 cm kamu..
anyway gud sinopsis..
siap ad dialog lg..
mulakan lakonan kamu sume esk ya..^^

fruity_loops said...

hahaha thx.
aku nk jadi bella plis! sbb faqir sgt cute ;P

Cnidaria said...

owhh...! i pon suka Faqir..
he's so coooooooooool....!
neway i pon suka dis kind of movie..
simple...!

fruity_loops said...

nice knowing that :)
faqir memang cute! bile lah dia nak berlakon lagi kann :D

hidayah_shukor said...

helooo..nk mtk izin post entri ni kt blog saya bole? thanks :)

fruity_loops said...

sile sile :)